Saturday, January 31, 2009

~I Miss U~


Saat jauh langkah kaki ini menapak jalan kehidupan...
Meniti hari lewati waktu yang tiada henti…
Tiba tiba langkah ini terhenti…
Saat sosok lelaki meraih tanganku
Dan berbisik lirih penuh cinta
Membawa aku pada kehidupan yang begitu indah...
Shepol Anuar namanya…….
Kacak wajahnya………
Tampan orangnya………..
Lembut sentuhnya………..
Kini langkahku terasa ringan dan begitu menyenangkan
Hidup ini terasa lebih bererti dengannya…….
Abang……
Ku ingin selalu bersamu….
ku ingin selalu ada dalam pelukmu……

I MISS U!!

Friday, January 30, 2009

~Jalan2 Cari Makan~

Dah 2 ari aku selsema..dan 2 ari juga lah aku kena telan ubat2 yang menjadi pantang bagiku..eee..aku memang tak suka makan ubat..Rasa terlekat kat tekak...Tapi terpaksa la...sebab di paksa makan ubat jugak..Lepas balik keja lepak2 la dalam bilik..Rehatkan badan...Rasa lemah sangat badan..Rasa sejuk2 semacam ja..

Tiba2 ada satu panggilan...korang nak ikut tak?Pokder nak belanja makan ni..jom! Ha? Belanja makan? Memang kami tengah planning nak makan apa la malam ni...Tekak pun rasa tak sedap..Tapi kalau ada orang nak belanja makan apa salahnya..Cepat2 siap terus ikut pokder..yang p sekali aku, my hubby, pokder (panggilan bagi adik ipaq aku) dan kakcik panggilan bagi kak ipaq aku). Pokder, kita nak makan katna ni?Laksa Shack...kat Tesco Seksyen 18 Pengkalan..ooooo....laksa shack...berbunga rasa hati aku...bestnya...aku memang suka laksa shack ni..Tahun lepas ada la makan sekali ngan kak ipaq kat laksa shake Sunway Carnival, Seberang Jaya. Memang sodap pun... I like it!! Tapi bila dengar kat Tesco Seksyen 18 Pengkalan tu yang aku tak suka..Ada sejarah sikit kat situ..Benci..Benci..Tapi laksa Shack punya pasai hentam ja la..



Ni la Laksa Shack...ada macam2 jenis laksa..




The Laksa Specialist

Kami pun order la...Aku besa la...favourite aku kat sini laksa asam..tapi kami order yang set ngan air dan otak2. Dah lama aku tak makan otak2..Teringat pulak otak2 Parit Raja..sedapnya..
Kat sini ada macam2 laksa antaranya ialah Asam Laksa, Johor Laksa, Curry Laksa, Laksam Kelantan, Tom Yam Laksa, Laksa Nyonya Melaka, Sarawak Laksa and Laksa Lemak Singapore. Banyak kan...


Ni la set yang aku order.. Ada laksa Asam, Otak2 ngan Air bandung cincau..

Laksa Asam ngan set RM 14.90. YuMmy..yuMMy..sedapnya..

Otak2 yang tak seberapa kalau nak comparekan ngan otak2 Parit Raja

Lepas makan laksa asam terus rasa segar badan..Bang, dah baik la selsema...hehe..tadi tak larat sangat..Pas makan laksa ja terus rasa ok..hehehe

Pastu jalan2 terjumpa karaoke jamban..Ala...karaoke yang ada bilik kecik2 tu..Pa lagi...p meraung kat situ la...pekena 5,6 lagu...pastu baru balik...aarrrgghh...sok nak kena keja....

Antara Cinta Dan Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira

ermm...masa awal perkenalan dulu memang la hati ni berdegup kencang...Tapi dah lama2 ni sampai kawen kurang kencang la degupannya..kalau hari2 kencang sakit jantung la jawabnya..

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Memang la...bunga sentiasa kembang...dari dulu sampai la sekarang...sampai badan pun dah nak nak mengembang ni..

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Kalau kaku haru la plak...Kalau mata orang tu juling memang bukan setakat tersenyum...malah merenggah

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.

Kalau kelu macamana nak sembang ngan cik abang...kang dia cari yang lain pulak

Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya

Mula2 memang la malu...Tapi sampai bila kita nak malu kan...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Yaka...aku tenung je pun...tp lama2 memang malu pun..hehe

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Tengok keadaan jugak...Kalau dua2 orang meraung haru pulak...sorang kena jadi penenang gak..

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Mana2 pun boleh mula la...Bukan cinta mula dari hati ka??

Thursday, January 29, 2009

~Semoga Kebahagian Kita Berkekalan Selamanya~

Kadangkala hati ini terkenangkan Parit Raja...Tempat aku belajar selama 5 1/2 tahun...Bukan setakat belajar untuk dapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Sarjana Pendidikan Teknik Vokasional...malah belajar berdiri di atas kaki sendiri..belajar merindui keluargaku di kampung dan belajar berjauhan dan sentiasa merindui kekasih gelapku..oooppsss....kekasih hatiku. Terima kasih sayang kerna menunggu ku dengan penuh kesetiaan selama 7 tahun..

Di atas berkat kesabaran kita.. alhamdulillah.....kebahagian menjelma akhirnya..Doa yang sentiasa ku pinda semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat...semoga kita akan dikurniakan anak2 yang comel dan hidup kita diberkatiNYA...

JENG...JENG...JENG...

~SELAMAT HARI LAHIR SAYANG~



Ni la Bufday Boy...macam terharu...jer...
Terima kasih juga diucapkan pada saudara Din dan saudari Masitah kerana menjayakan sambutan hari lahir ni yang dirancang last minute. Thanks sebab tolong beli kek..cantik bangat...Thanks jugak kerana menjadi pelakon kat KFC Pekan..hehehe..

SELAMAT HARI LAHIR KE 28 THN......
~27 JANUARI 2009~

Semoga kebahagian sentiasa milik kita berdua

Sunday, January 25, 2009

Alhamdulillah...Temuduga Dah Selesai..

Alhamdulillah... lapang rasa hati bila sesi temuduga yang dinanti2kan sudah selesai..Harap2 tu lulus lah semua..Dah lama aku menunggu untuk di postingkan..

Tepat pukul 5.15 pagi alarm henset aku berbunyi..berkumandang lagu dari Akon..dengan pantas aku terlompat bangun..INTEVIEW??? Jantungku berdengup dengan laju tiba2..Dengan pantas aku mencapai towel tanpa menghiraukan kesejukan air paip di kampung.. Tepat 6.00am ayah menghantarku ke rumah hanim. Kami berkumpul di sana. Selepas subuh tepat jam 6.45 am kami bertolak ke pusat temuduga untuk budak Penang dan Kedah di KOMTAR, PENANG. Dengan perasaan yang berdebar2 aku disuruh drive pulak..Ala Hanim...ni kan kereta hang..hang bawak ja la..Ala Yus..aku tak besa drive kat pulau laa..aku takut wehh..

Tiada pilihan lagi la nampaknya..terpaksa aku yang drive kereta Hanim..Terpaksalah memberanikan diriku ni..Padahal bukannya selalu aku drive p Penang pun..Ada la 3, 4 kali..Bertawakkal ja lah..Alhamdulillah...tepat jam 7.45 am kami pun sampai di KOMTAR..Parking pun nasib baik la senang cari..kat Penang Bridge pun nasib baik la tak jem..Alhamdulillah..TUHAN permudahkan perjalanan kami..

Sampai je kat perkarangan pusat interview jantungku dup..dap..dup..dap..Ada la dalam 10 orang member2 dah sampai..Kami terus mengisi borang dan pembantu inteview tu menyemak sijil2 yang perlu..Lepas 10 minit aku sampai sesi temuduga pun bermula. Aku merupakan orang ke 5 yang akan ditemuduga. Mulutku tak berhenti manghafal FPN. Menurut memberku yang selesai td, FPN adalah soalan wajib. Giliran aku dah sampai...Fuh! dengan segak sekali (Baju kurung + blazer + name tag) aku melangkah masuk ke bilik temuduga. 2 orang Interviewer, sorang malay and sorang chinese. Aku dijemput duduk. Terus aku ingat pesanan dari Mak baca doa dan hembuss ke Interviewer tu..Memberku Ajim pun pesan macamtu..

Ok, perkenalkan diri..Dia tak speaking la..aku pun terus la cite..background study..masa cert..masa degree..masa master..Pastu dia tanya masa cert and degree dulu praktical katna? Cite skop keja apa yang aku buat..Aku pun cerita la..nasib baik masa segar diingatanku..Masa Master mengajar subjek apa? structure..Pastu dia tanya guna kaedah apa mengajar student..Aku jawab guna kaedah perbincangan, panggil student buat kat depan... gebang2 lebih sket..hehe..ABBM apa yang kamu guna? Papan putih, power point....

Lagi sorang interviewer tu pulak tanya..sebutkan FPN...Dengan penuh yakin aku pun lafazla PENDIDIKAN DI M'SIA ADALAH SATU USAHA BETETERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN bla...bla.. bla.....macam aku hafal tadi..Siapa Menteri Pengajian Tinggi? Dato' Mohamed Khaled Nordin. Memang hafal pun yang tu..kalau tak tau saja sangat la..Pastu dia tanya isu semasa. Aku pun cerita la perang Israel dengan Palestin..Gebang ja la..entah betul entah idak pun aku tak tau...hahaha..Lastly dia tanya aku Minda Kelas Pertama tu apa...Gebang lagi...aku cerita la apa yang aku tau...Patu dia serahkan balik fail sijil2 aku..Tandanya dah tamat la..Aku pun mengucapkan terima kasih dan tersengeh2 melangkah keluar..Lega rasa....Harap2 cepatla kami di postingkan..mengikut sumber dari member2 insyaalah awal March kami akan di postingkan..Sama2 la kita berdoa semoga TUHAN percepatkan dan murahkan rezeki kita semua..AMIN..YA RABBAL A'LAMIN...

Wednesday, January 14, 2009

Boycott U.S Product

Semakin hari semakin ganas Israel menyerang Palestin. Sedihnya tengok budak-budak yang tak salah apa-apa, tak mengerti apa-apa di seksa dengan kejamnya. Kalaulah aku ada kuasa macam aultramen ka..aku akan musnahkan Israel plak. Geramnya...kita hanya dapat lihat kaum seagama kita diseksa oleh kaum yahudi yang tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan.. Apa yang mampu kita buat?? Pergi berperang gak?? Tu kita tak mampu..Cara yang terbaik bagi kita ialah memboikot produk2 dari Israel. Cuba kurangkan penggunaan produk2 dari Israel.

Setakat ni kalau nak boikot semua rasa tak boleh.. Tapi insyaalah sikit demi sedikit saya cuba kurangkan menggunakan produk dai sana.Kalau tengok produk2 di bawah tu saya masih menggunakan
  • Johnson & Johnson
  • Esteer Lauder
  • Calvin Klein
  • Kotex (habiskan stok ja..)
  • Hugo Boss

Semuanya produk2 tu masih ada kat rumah. Takkan la perfume2 yang ada kat rumah tu nak terus buang kan? Sayang la plak..Membazir pulak namanya..Insyaalah lepas habis semua produk2 tu sy tak kan beli dah.

Semalam baru ajak hubby pergi makan Mc D Prosperity Burger..Fuhh...meleleh bila teringat..black paper..Tapi Mc D kan Produk Israel gak..So, tak leh la makan.. huhuhu..



Diantara produk2 dari Israel


Sama-samalah kita menderma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh saudara kita di sana..Walaupun dengan hanya 10 sen kita dapat membantu untuk membeli sebijik ubat buat mereka..Dalam Buletin Utama semalam mengatakan bahawa tanah perkuburan di Palestin dah tak mencukupi. Bayangkan dah berapa banyak saudara kita meninggal di sana..YA ALLAH YA TUHANKU LINDUNGILAH SAUDARA ISLAM DISANA..

Marilah lah sama2 kita mendoakan semoga saudara Islam kita disana dilindungi Allah dan semoga roh mereka dicucuri rahmat..AL-FATIHAH..

Tuesday, January 13, 2009

..Aura study..

Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah hambamu ini dalam menerima pelajaran..bukakanlah pintu hatinya untuk membaca bagi persediaan menghadapi temuduga bagi Jawatan Tetap Pegawai Pendidikan Tinggi. Lagi seminggu aku dan rakan-rakan lain akan menghadiri sesi temuduga untuk jawatan tetap. Hati rasa berdebar-debar tapi Tuhan saja yang tahu betapa malasnya nak membaca...aduh..nak kena hafal Falsafah Pendidikan Malaysia..Visi dan Misi Politeknik..PIPP..Wawasan 2020..fuh banyak jugak nak kena baca ni..Bak kata Ziha aura membaca ni tak datang lagi..Sama la ngan aku..Dari hari sehari aku menangguh..sampai la tinggal lagi seminggu..Tu pun malas lagi..hehehe..

Friday, January 9, 2009

Kesibukan seorang isteri..

Alhamdulilah..usia perkahwinan aku sudah menjangkaui 4 bulan 3 minggu 5 hari..aku telah merasa kehidupan menjadi isteri sepenuh masa di rumah selama 2 bulan...dalam tempoh tu lah aku belajar memasak untuk suami ku..belajar menguruskan rumah tangga..belajar tinggal keseorangan dikala suamiku pergi kerja..macam2 la belajar..

Tapi sekarang aku bekerja..walaupun bukan kerja impianku..dan bukan kerja tetap bagiku..hanyalah kerja sementara untuk mengisi masa2 keseoranganku dan sambil tu boleh menambahkan pendapatan kami. Secara dengan tidak sengaja masa2 ku memang dipenuhi dengan kerja sekarang..mana tak nya..waktu bekerja aku 9am-7pm. Selama tu jugak la masa2 ku dihabiskan di depan komputer..sampai dah tak tau nak search apa..friendster dah rasa nak temuntah..semua forum aku terjah..blog kawan2..dan disebab tu jugak lah wujud blog aku ni..sebelum ke tempat kerja aku akan sediakan sarapan untuk suamiku..kadang2 aku masak simple2 je..xsempat..balik kerja pun aku masak lagi..sebab suami i ni suka makan di rumah..selain masakan ku sedap ianya juga boleh menjimatkan perbelanjaan kami..

Setiap sabtu, ahad, isnin adalah hari kemunjak kesibukanku..sabtu malam aku ajar home tuition..mengajar 2 student. Darjah 5 dan Tingkatan 1. Yang bestnye aku ngajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.hehehhe..memang senang la..tapi aku kena ngajar tengok silibus diarang la..kang jadik ajaran sesat pulak..hehe..masa yg diambil cuma sejam untuk satu subjek.
Aku ngajar macam ajar adik2 wat homework jer..Yang peliknye bapak student aku tu cikgu..tp dia xdak masa untuk mengajar anak sendiri. Tapi kadang2 anak2 dapat terima ajaran dari orang lain selain orang yang dikenalinya..kan? kan?

Senin malam pulak aku ngan suami ada class..ha..class pa plak..bukan dah habis study ka..dah berpuluh tahun aku pergi ke kelas. Di usia penghujung 20 an pun pegi class lg..Sebenarnya kami ke class eTiQa Takaful..iaitu simpanan dan perlindungan yang berlandaskan syariah. Selain mengajak menyimpan secara islam ianya juga memberi perlindungan nyawa..kecacatan..elaun hospital..etc..Baguss tu..esspecially yang dah berumah tangga..cepat2 simpan duit dalam eTiQa Takaful ni..klu pe2 hal ada gak perlindungan..cepat2..kalau nak tau lebih lanjut lawatilah blog
http://etiqacorner.blogspot.com/

Friday, January 2, 2009

Syarat-Syarat Nak Buat Maksiat


Aku ada terbaca satu artikel yang berbunyi Syarat-Syarat Nak Buat Maksiat. Haa??? ada syarat ka nak buat maksiat?Terkezut gak aku..jom kita baca sama2..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?

"Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah,fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakinibahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaanAllah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Maksiat adalah perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah SWT..Ianya tergolong dalam perbuatan yang mengundang dosa-dosa besar..Renung-renungkan lah..