Monday, June 15, 2009

~Lawatan ke KK Sg Siput...

Baru hari ni aku berkesempatan nak update blog aku yg dah berbulan2 menyepi. 2 minggu lepas aku, Ramlah, Asfa dan Ketua Jab PSH buat lawatan ke KK Sg Siput. Kami lah orang yang paling gumbira sebab nak jumpa kengkawan kat sana Najah ngan Kak Sarah.



Ni la KK Sg Siput



Rakan senasib....kami sama2 ditempatkan di Kolej Komuniti, Jab sepanjang Hayat pun sama ekeke..






Kat KK Sg Siput kami dibawa melawat kolam ternakan ikan keli, cendawan,bengkel jahitan, bilik masakan, bilik printing batik....macam2 lagilah. Kat sini banyak kemudahan kalau nak di comparekan ngan KK kami..Jangan bangga sangat yer Pn Nazha..Tapi kat KK kami lagi syok...jangan jeles yer...dekat ngan lembah..dekat ngan the store...hahahahha




Kolam ternakan ikan keli yang boleh muat kira2 4000 ekor ikan keli dengan hanya modal RM 150 tuk satu kolam. Boleh lah sapa2 yang petang2 masanya dihabiskan di depan TV menternak di belakang rumah. Zat pun terjamin kalau ternak belakang rumah sendiri
Sejak aku ditempatkan di bawah jabatan PSH banyak jugak kursus2 pendek yang aku involve..kadang2 tu tangkap muat ja tenaga pengajar ni. Aku pernah jadi tenaga pengajar membina blog.hahahah...blog aku pun tak habis godek lagi.Tapi ngajar makcik2 kerajaan boleh la...ekekek..Musim student cuti ni memang banyak sangat lah kursus2 pendek kat sini. Antaranya kursus komputer, masakan, jahitan macam2 lagi la...Sapa2 ada nak berkursus di kawasan Kuala Kangsar mohla...