Saturday, May 29, 2010

~Terapi Minda~

Balik kerja petang2..tengok tv sambil menguyah keropok, kacang...tak pun singgah beli pisang goreng kat makcik depan taman tu..mata sambil tengok tv3. Cerita macam2..

Tapi tu semua bukan jadual aku petang2..(macam baguss sangat)

Aku ada aktiviti lain yang berfaedah. Berfaedah pada aku la...




Balik kerja~~siram bunga~~

Pokok2 bunga ni hasil tanaman aku dan hubby..Alhamdulillah hasil tanaman dari tangan kami berdua ni kiranya menjadi la...kadang2 tangan orang yang panas, tanam bunga tak nak hidup..mungkin darah tak bersesuaian kot...ceh, dari mana fakta ni mai aku pun tak tau..



Pokok kesayangan hubby




Ni pokok kesayangan aku pulak

Balik kerja..tengok pokok2 ni seronok rasa...salah satu terapi minda ni hehe...

Wednesday, May 26, 2010

RENUNG RENUNGKAN~~

Tergerak hati aku nak menulis arini..bukannya apa..terasa tadi..


Sekali sekala diri kita ni perlukan motivasi..bukan setakat perlukan nasi hari2..malah perlukan perubahan dari hari kehari..bak kata

~~ hari ini pasti lebih baik dari semalam~~

Ceramah kerohanian yang dihadiri harini aku amati dengan bersungguh2..mata terbuka luass..tak macam sebelum ni..mungkin tajuk yang ustaz dendangkan tadi aku faham..Diselangi pulak dengan lawak2 kering ustaz tadi..berjaya menarik perhatian aku..Ustaz ada terangkan mengenai ilmu Tauhid..tauhid uluhiyyah, rububiyah....macam2 lagi la...kang silap pulak aku nak berceramah kat sini..

Kita sebagai umat islam mesti berdoa dan yakin kepada Allah s.w.t..
Salah satu isi yang dihuraikan oleh ustaz tadi...

Tapi ada satu soalan yang diajukan tadi...

Memang soalan tu pun bermain2 di dalam kepala aku tadi..terkejut gak bila soalan tu diajukan..Tapi memang termenung jugak aku mendengar jawapan yang keluar dari mulut ustaz tadi..

Memang tak rugi kalau kita menghadiri majlis ilmu seperti ini..Secara tak langsung dapat menambah ilmu diri disamping dapat memotivasikan diri..

SELAMAT BERAMAL~~RENUNG2KAN~~