Sunday, November 1, 2009

REDHA ATAS APA YG BERLAKU~al-fatihah untuk SAFIRA ZAHRA

Ya ALLAH KAU lebih menyayangi dia...KAU hanya tunjuk dia padaku dlm beberapa saat sebelum dikebumikan, KAU hanya bg ku merasa betapa nikmatnya mengandung...aku bersyukur walaupun hanya 8 bulan aku bersama mu SAFIRA ZAHRA...nama yg selalu ibu dan ayah sebut2 bila kau bergerak menendang2 ibumu..tapi itu semua tiada lagi..Ya ALLAH Ya TUHANKU aku redha atas apa yg berlaku...ini dugaan dan cabaran yg besar kau bagi padaku dan suami.Insyaalah kita jumpa di sana ZAHRA...

Tanggal 090909 bersamaan 19 ramadan adalah tarikh yg tak kan ibu dan ayah lupa sayangku...tarikh ni lah kau kembali kerahmatullah. Betapa sedihnya perasaan ibu dan ayah bila dapat tahu degupan jantungmu henti sayang...hancur impian ibu dan ayah selama ni.Betapa sedih lagi bila terkenangkan kelengkapanmu sayang...baju, blanket, towel, napkin, botol susu semua ibu dah sediakan sayang....ibu akan simpan semua tu sayang...

Tanggal 120909 bersamaan 22 ramadan jam 2.39pm ibu selamat lahirkanmu sayang. Ibu bersyukur kerana selamat semuanya walaupun ibu tahu kau dah tiada sayangku...insyaalah kita jumpa di sana nanti..Tuhan saja yg tahu betapa sedih dan gembiranya bila ibu dapat menatap wajahmu sayang walaupun hanya beberapa saat. Wajahmu tak tumpah seperti ibu, berkulit cerah, jari jemarimu tak tumpah seperti ayahmu panjang2..

Hari ni genap 51 hari kau pergi tinggalkan kami. Sepatutnya 301009 adalah due ibu lahirkanmu sayang...Alhamdulilah ibu berpantang seperti biasa ibu2 lain bersalin. Cuma bezanya ibu tiada kamu disisi sayang...Itu semua tak dak masalah kerana ibu ada ayah disisi. Ayahmu sentiasa memberi semangat untuk ibu menjalani hari2 tanpamu di sisi.Terima kasih abang...kerana sentiasa berada di sisi yg memberi semangat, walaupun yg tahu abang turut sedih atas apa yg berlaku. Tak lupa juga terima kasih mak, ayah, adik beradik, kawan2, saudara mara yg memberi semangat padaku untuk terus berjuang di masa akan datang....

6 comments:

  1. Al-Fatihah buat Safira Zahra.

    Anna sendiri sekarang tengah mengandung, jadi boleh paham sedikit-sebanyak perasaan kehilangan itu, sebab sekarang dalam kandungan pon dah rasa sangat sayang, dan attached ngan kandungan, lagi-lagi boleh rasa dan lihat pergerakannya...

    Saya doakan kamu dikurniakan lagi cahaya mata di masa akan datang. Tuhan itu maha adil.. Ayat yang klise, tapi pasti ada kebenaran, yang setiap yang berlaku ada hikmahnya. Di syurga sudah ada si kecil menunggu ibu dan ayahnya, mendoakan mereka untuk masuk bersama. :) Some day.

    *peluk*

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah...

    kita alami perkara yang sama. cuma aisha mengalami ketika kandungan berusia 6 bulan. mungkin akak lebih sedih, sebab kelengkapan dah sedia kan.

    bersabar ye kak. kita sama-sama sabar.

    ReplyDelete
  3. salam...
    yus,slm takziah...sedih gak ble epoy btau..hmmm...sabar yek...tuhan lebih sygkn zahra...insyaallah...rezeki yus n epoy ade tuh...take care!!!!

    ReplyDelete
  4. tsk.
    i'm speechless.

    i know, it's really hard to get over a person death. but, always keep in mind that your safira zahra in a better place now.

    *hugss*

    alfatihah.

    ReplyDelete
  5. salam, yus takziah.aku rindu nak jumpa hang.tak mau datang jb ker.mai arr jalan2 aku raya ni tak balik maybe hujung bulan 12 kot baru balik perak.sabar yek allah lebih sayangkan dia.ok myfren ader rezeki insyallah.

    ReplyDelete
  6. thanks kwn2 semua byk bg semangat pdku..
    aku tahu setiap apa yg berlaku tentu ada hikmahnya..

    ReplyDelete