Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009!

Tahun Baru...2009..Azam baru...
Semoga Tahun 2009 membawa 1001 kebahagian kepadaku

Monday, December 29, 2008

Terubat Rindu


Gambar diambil masa raya aidilfitri 2008. Mak... Ayah
Mizz u so much!!muahh..muah..


Hari2 aku keja..hari senin aku keja..hari selasa aku keja..hari rabu aku keja..hari2 lah senang.Kadang2 rasa syok..kadang2 rasa boring..kadang2 rasa pening..macam2 lah kesimpulannya..semalam aku sibok macam besa lah..rasa masa jalan dengan cepatnya..tup2 dah kul 4..tiba2 hp aku berbunyi..ha..panggilan dari bang cik..(adik aku).napa plak ni..??ooo..rupa2nya membawa berita gumbira bagiku..mak aku nak datang...yehhhh..syok gila..mak ngan adik aku nak p kl, so diaorang nak singgah jumpa aku la. Aku tau mak pun rindukan aku..sama macam aku rindukan mak..makcik aku penah cakap mak nangis masa aku mula2 kawen.ye la mana x nye..aku ni sorang anak yang rajin..baik hati..hehe..Aku la jadi tukang masak masa aku menganggur dulu.Pastu aku la drebar mak aku.Nak p mana cakap ja..beress..

Alamak.. mak, ayah, bang cik, neni nak mai. Apa aku nak jamu depa ni..Dah la ada kat tempat keja lagi ni..nak masak xdan..apa2 pun beli je jawabnya...kepala otak aku ni berpusing2 memikirkan nak beli apa..on da way aku pun singgah la kat tepi jalan tu..pa yang ada? kueh mueh la..aku cari mee berus..eh rebus xdak plak..lastly beli la kueh karipap, murtabak ayam n apam balik..

Bang cik ni klu bab cari jalan memang fail..aku dah cakap exit ipoh/sg siput..dia kata dah terlajak..jauh la nak patah balik..tup2 call aku cakap kat sg siput plak..hey...baccha..u turn balik..jangan go straight..nasib baik exit betoi. Aku ngan hubby pun p la tunggu kat traffic light takut depa tersilap plak..alhamdulillah...jumpa..

Bila jumpa besala..peluk cium la anak beranak hehe..cepat mak, mana surat inteview cek?Salah satu sebab mak singgah adalah nak kasi surat inteview yang aku tunggu2 tu..macam tunggu bulan jatuh ke riba..akhirnya jatuh jua..tapi belum jatuh sepenuhnya..hehe..sebab posting ntah dimana pun xtau..harap2 dapat di Ipoh atau Penang la..

Saturday, December 27, 2008

kenduri kawen..kenduri kawen..

Aku terpaksa mengambil cuti kemaqin adalah disebabkan kenduri kawen..almaklumla musim cuti sekolah sekarang ni..memang xdapat nak lari dari majlis-majlis keraian.. keramaian..aku dulu pun mengambil kesempatan di atas cuti sekolah untuk meraikan hari bahagia kami.anyway aku merasa bangga dengan diri sendiri dan diri kawan2 ku kerana berjaya mendirikan masjid..almaklumla di usia 27 tahun ni memang ramai kawan2 menamatkan zaman bujang..boleh dikatakan 3/4 dari kawan2 sebaya aku dah selamat berumah tangga..arini juga aku terpaksa menyediakan 2 kotak hadiah buat member2 suamiku

27 dis 2008 adalah hari makan sedunia hehe..aku makan nasi kenduri 2 buah umah + bubur gandum +bubur kacang hahaha..baju kebayaku sendat..arrrgghhh...butang kebayaku automatic terbuka tanpaku sedar..isshh2..kena diet la minggu ni..penangan nasi kenduri punya pasai..

Bila bercerita tentang kenduri kawen ni tringat 4 bulan lepas..tanggal 15 ogos jam 5.12 pm kami diijabkabulkan. Bersaksikan saksi dan ahli keluarga kedua pihak aku selamat menjadi isteri kepada SHEPOL ANUAR BIN SAHLI. 16 Ogos adalah majlis kenduri dirumahku..

Wednesday, December 24, 2008

Kisah Pendayung Sampan

Alahai...boringnya hari ni ku rasa..lantas aku pun menggodek2 sehingga lah terbaca satu cerita ni..jom kita baca..menarik juga..

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan.""OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan."Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu."Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas."Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya"."Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala."Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,"Kamu tahu berenang?"Professor itu menggelengkan kepala."Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

MORAL OF THE STORY:Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang dia sudah biasa.Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

HIKMAH:Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan..

Sunday, December 21, 2008

etiqa takaful

ada sapa2 tahu etiqa takaful ni..?atau ada sapa2 yg dah join..?aku dengar cerita masuk takaful ni boleh tambahkan income..keuntungan kita 35%.betoi ka?hehe...sebut pasai etiqa takaful ni sebenarnya semalam my hubby baru je join..baru amik exam..setelah berbulan-bulan kami diperkenalkan oleh kawan baik..setelah kami fikir berbulan2..(hampir 4 bulan) barulah kami mencapai kata sepakat untuk menjadi ejen takaful ni..selain dapat menambahkan income bulanan kami dapati ianya selaras dengan tuntutan islam.baguss..baguss..sekarang ni kami tengah bersemangat la nk promote kat kawan2..tp aku kena belajar dulu.xleh sesuka hati ja..kang ajaran sesat plak...sekarang ni dalam proses nak try promote dalam intenet..klu x keberatan layarilah etiqacorner.blogspot.com. klu berat xyah la..hehe..

Thursday, December 18, 2008

mizz u my pren!!

sejak dua menjak ni kawan aku, anas (pompuan ha..syaranaz bt mohd izam)rajin mai lepak ngan aku kat tempat keja ku. arini dia belanjaa aku makan...alhamdulilah...rezki aku arini..dpt mkn nasi berlaukkan ayam goreng berempah ngan terung masak..aku pun xtau masak pa..masakan orang perak xfamilar sgt..mcm masak lomak pun ada..bedal ja la..tengah lapaq..aku makan dengan lahapnya sambil mendengar anas bercerita tentang inteview yang dia hadiri ahad lepas di JKR KL. Member2ku semua dah jadi engineer yang berjaya..aku...aku penganggur terhormat...hehe..malas aku nk kenangkan pasai keja ni..bila ingatkan posting rasa nyampah gila..dah lama aku tunggu posting..aku bukannya apa..bila kenangkan usiaku 27 tahun..lagi 4 bulan genapla 28 thn. dalam usia sebegini aku xmampu berikan wang pada ibu bapaku...mak! ayah! maafkan anakmu ini..dalam usia sebegini juga aku inginkan kereta..aku inginkan segala-galanya dari usaha aku selama ini..teremo plak..hehe..back to da story kawan ku ni anas..anas adalah romate merangkap classmate aku masa degree dulu. sekarang dah anak 2 dah..nah amik hg...subur betoi kawan aku ni..setahun sorang anak..alhamdulillah...tu rezeki la tu..anas kalau berborak boleh tahan jugak..xdan aku nak mencelah..hehe..kami berbincang macam2 topik..rumahtangga..kerjaya..kawan2..macam2 lagi la..bila terkenang zaman degree dulu rasa macam baru ja..rindu ar kat member2 degree dulu...mizz u lot!uuummmpppphhhhhhhh......

Tuesday, December 16, 2008

sj nak interframe

ni gambaq bond ngan gadis bond hehe..kat swiss garden gak..

gambaq ni di ambil masa kami p honeymoon...18 nov 2008 kat swiss garden spa & resort, lumut

my life..

setiap orang ada life tersendiri...begitu juga ngan aku..dulu life aku lain..and now..after married..my life is change. berubah segala2 nya..aku ingat.. sekarang aku berkongsi kehidupan dgn suami ku yang bernama s.h.e.p.o.l a.n.u.a.r..(pelik sket kan spelling nama my hubby hehe..).dulu, masa aku bujang..bilik aku..harta kepunyaan aku..bersepah2 dlm bilik pun xde orang nk kisah sgt..but now...xkan la nak bersepah2 lg..hehe..malu la kat my hubby..mak selalu pesan dulu (b4 married) liza...tarik cadar tuu bg kemass..susun bantai bg elok..ye la mak...japg cek wat..tu la yg aku jwb selalu...tp klu mak aku tengok bilik aku sekarang boleh di banggakan gak la..ni semua atas nasihat dan tunjuk ajar mak la...

klu zaman anak dara dulu..bangun pagi tarik kerusi duduk terus makan..nasi lemak la..cucoq udang la..bihun goreng la..semua mak yang siapkan..tp sekarang...aku kena bangun awai....siapkan breakfast tuk my hubby..(isteri solehah ni.. hehe..).nasib baik la..aku ni terer masak..ceh puji diri sendiri...tp my hubby pun kata.."sedap la yg masak" hehe..kembang semangkuk..since married ni..aku penah masak


tuk breakfast la

bihun goreng..
bihun singapore (yg color puteh tu..)
nasi lemak..(1st time wat ns keras sket hehe..)
mee goreng
kuih cara

tuk lunch..

ayam masak merah
kari ayam
ayam goreng (adik aku yg bongsu pun bleh wat hehe..)
kari ikan
sambal teloq
sambal ikan
beraneka jenis sayur (bayam ngan bendi favourite my hubby)
sambal belacan
sayur lemak pucok

tuk dinner

spagety
maggi
kotiaw goreng spesel (mmg sodap yummy..yummy..)

haa......banyak kan yg aku penah masak...sodap2 semua...aku teringin nk wat capati la..aku dh dpt resepi capati dari intenet..ntah bila nk try pun xtau..asyik bz..ja...ok klu rajin nnti kita kongsi resepi2 nak...k chow

testing..testing..123..

alhamdulillah..tanggal 17 dec 2008 jam 10.10am wujudlah blog yg diberi nama SHELIZA..actually saja try2 nk wat blog. almaklumla.. selama ni dok baca blog kwn2 je...ha...pasni mai baca blog cek plak nah..jomm..