Saturday, December 27, 2008

kenduri kawen..kenduri kawen..

Aku terpaksa mengambil cuti kemaqin adalah disebabkan kenduri kawen..almaklumla musim cuti sekolah sekarang ni..memang xdapat nak lari dari majlis-majlis keraian.. keramaian..aku dulu pun mengambil kesempatan di atas cuti sekolah untuk meraikan hari bahagia kami.anyway aku merasa bangga dengan diri sendiri dan diri kawan2 ku kerana berjaya mendirikan masjid..almaklumla di usia 27 tahun ni memang ramai kawan2 menamatkan zaman bujang..boleh dikatakan 3/4 dari kawan2 sebaya aku dah selamat berumah tangga..arini juga aku terpaksa menyediakan 2 kotak hadiah buat member2 suamiku

27 dis 2008 adalah hari makan sedunia hehe..aku makan nasi kenduri 2 buah umah + bubur gandum +bubur kacang hahaha..baju kebayaku sendat..arrrgghhh...butang kebayaku automatic terbuka tanpaku sedar..isshh2..kena diet la minggu ni..penangan nasi kenduri punya pasai..

Bila bercerita tentang kenduri kawen ni tringat 4 bulan lepas..tanggal 15 ogos jam 5.12 pm kami diijabkabulkan. Bersaksikan saksi dan ahli keluarga kedua pihak aku selamat menjadi isteri kepada SHEPOL ANUAR BIN SAHLI. 16 Ogos adalah majlis kenduri dirumahku..

No comments:

Post a Comment