Saturday, July 10, 2010

Happy Birthday AYAH!



Kek surprise untuk Ayah


Selamat hari lahir Ayah...yang ke 64.Tapi aku still rasa ayah muda.Walaupun hakikatnya umur ayah makin meningkat.Aku mendoakan moga ayah sihat sejahtera..dan semoga keluarga bahagia hingga ke akhir hayat.





Kami celebrate birthday ayah ni kat kedai makan Ilyana, Bertam jam 11 mlm.Time ni kami baru sampai dari Kuala Kangsar.Ayah pun tak sangka nak potong kek.Di usia begini baru ayah merasa potong kek sambut birthday. Tu pun harapkan anak menantu la beli. Kalau dulu2 tak merasa la semua ni. Almaklumlah dulu2 susah...nak sara anak sekolah lagi..Memang tak sempat untuk semua2 ni.Sekarang ni aku bersyukur kami adik beradik dah bekerja (kecuali adik bongsu)dan mak dan ayah makan hasil anak2 kesayangan ja..






Walau apa pun ayah, SELAMAT HARI LAHIR KE 64~~~Aku sayang AYAH & MAK...luv u all!!muahhhh...muahhh..

Thursday, June 24, 2010

~~Satu Bulan 1~~

Kalau zaman sekolah,universiti..nak beli apa2 pun kena fikir mana yang penting.Sebabnya...duit kena jimat.Mana yang difikir penting ja beli.Buku rujukan pun banyak fotostat dari beli buku yang ori.Semuanya...sebab nak jimat duit..Almaklumla aku cuma guna duit scolarship KPM ja masa dulu.Nak minta mak ayah jarang sekali.Terima kasih KPM sebab zaman sekolah menengah aku dapat KPM,zaman Politeknik aku dapat KPM,zaman Degree aku dapat KPM dan zaman Master pun aku dapat KPM. Dan akhir sekali KPTM juga yang bayar gaji aku.

Dan sekarang, bila dah bekerja senang berbelanja..Nak beli satu bulan 1 pun boleh.Kalau nak lagi sebulan 2 pun boleh..Tapi tak habis mengadap la pulak satg.Ni pun baca di kala keseorangan. Bila berdua buku2 tertentu ja boleh baca.Baca dengan nada kuat2.

Hobi baru aku adalah mengumpul buku sekarang ni.Sejak tahun 2010 la..Tiap2 bulan aku akan cuba beli satu buku. Alhamdulilah tahun ni aku dah ada 6 buku.Dan dah baca hampir habis kesemuanya. Banyak membaca banyak la input yang diterima..Koleksi yang paling panas adalah buku tentang **** dan ibu hamil.Bukannya apa..preparetion semua tu.hehehe..



Koleksi 2010

Selain koleksi buku, majalah pun apa kurangnya.Tak menentu kadang2 sebulan dua koleksi, kadang2 satu ja..Tak terbaca kang banyak2..Syok membeli..baca tak habis..



Alah membeli menang membaca ;)

Monday, June 21, 2010

CuTi2..

Dah 3 kali sampai ke sana. Tapi bila sampai ke ujung dunia ni mesti teringin nak ke sana.Minggu lepas tertunai juga lah hajat nak jejak ke sana buat kali ke 4. Terima kasih abang sebab bawa yang ke sana..;)



Sama seperti dulu..Tak banyak yang berubah..sama seperti aku p masa zaman bujang dulu..bila sampai ke sana macam biasa lah sewa motor ke Teluk Nipah.Stay kat Hornbill Resort..Kononnya resort la..tapi hampehh!mahal nak mampuss!

Aktiviti kat sana

Shopping2 hasil laut

Round2 sekitar Pangkor

Mandi manda







Wednesday, June 9, 2010

~sELamaT haRi LaHir Mak~




Hari ni tanggal 09 Jun 2010 genaplah usia mak aku 57 tahun.Selamat hari lahir mak...semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.Aku doakan juga semoga mak sentiasa sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga tercinta..

Sambutan birthday mak disambut secara sederhana di kampung oleh kakak n family. Mesti mak happy sangat tengok kek ni..Awal-awal pagi aku ngan hubby dah call mak n wish happy birthday mak....yang syok sangat KAMI ORANG 1ST YG WISH

SELAMAT HARI LAHIR MAK!!!

Monday, June 7, 2010

PenGalamaN MenDewaSakan kiTa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Jun..Dah 9 bulan kalau Safira Zahra ada..Walaupun hanya beberapa saat ibu menatapmu, tapi seumur hidup ibu tak kan lupakanmu. 8 bulan ibu kandungkanmu, ibu sempat melalui saat-saat bahagia..masih terasa gerakan kat perut ibu..Tapi ibu redha semua tu..Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Semoga berbahagian di sana..Amin..

Semua pengalaman yang aku lalui tu kadang-kadang rasa macam mimpi.Rasa macam tak percaya diri aku yang lemah ni dapat melalui dan merasai semua tu. Tapi alhamdulillah dengan sokongan yang diberikan oleh suami, family dan kawan-kawan aku bangun semula.Tapi kejadian harini mengingatkan aku semula. Aku dapat call dari adik ipaq. Kyus, kawan pokda jadi macam kyus?Terkejut aku..macam2 bermain kat kepala aku..

Rupanya kawan adik ipaq aku pun sama kes macam aku.Baby meninggal dalam perut..cuma usia kandungannya 7 bulan.Aku 8 bulan.Aku dapat rasa macamana perasaan dia..Sedihnya aku rasa..Terus teringat balik kes aku aritu.Ya Allah ya Tuhanku...Kuatkanlah semangat dia..Baby dia masih dalam perut, belum bersalin lagi.Semoga dia tabah menghadapi saat-saat ini.Sokongan dari suami, keluarga dan kawan-kawan rapat adalah sangat penting.Akan akan terus berdoa untukmu..

Kat sini ada sikit info yang aku nak share untuk ibu mengadung. Aku juga ada amalkan petua2 ni masa mengandung dulu. semoga bermanfaat untuk bakal2 ibu semua..

1.Amalkan membaca Al-Quran. Surah2 Maryam, Yusuf dan Lukman harus menjadi pilihan buat anda yang mengandung. Minta suami bacakan sambil pegang perut isteri. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.

* Surah Maryam dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar proses bersalin dipermudahkan.

* Surah Yusuf dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung cantik, jelita, cute-mute, hensem bergaya macam Nabi Yusuf as.

* Surah Lukman dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung pandai, bijaksana macam Lukman Al-Hakim.

2.Perdengarkan lagu-lagu muzikal seperti mozart. Lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai.

3.Elakkan minum minuman berkafein and makan nanas. Kafein boleh merencatkan pembesaran bayi manakala nanas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.

4.Elakkan membela kucing. Ini kerana najis kucing boleh memberi risiko kepada bayi.

Tu ja yang dapat aku share..kita jumpa lagi..

Wednesday, June 2, 2010

Cepat2 Dah Dekat~~

Alhamdulilah...sikit2 lama2 habis la..Pelan2 kita buat..lama2 siap la..

Kadang2 seminggu 2 hari aku buat dan kadang2 seminggu sehari ja aku buat.Balance tinggal lagi separuh.Dari 20 hari dah jadi 10 hari.Kena cepat2..dah dekat ni..

Alhamdulilah..DIA bagi kekuatan dan kesabaran padaku untuk memunaikan kewajipan.Dengan cuaca yang amat panas dan dugaan2 yang datang dari pelbagai bentuk aku berjaya menunaikannya.Dengan harapan aku berjaya menunaikan kesemuanya...

Saturday, May 29, 2010

~Terapi Minda~

Balik kerja petang2..tengok tv sambil menguyah keropok, kacang...tak pun singgah beli pisang goreng kat makcik depan taman tu..mata sambil tengok tv3. Cerita macam2..

Tapi tu semua bukan jadual aku petang2..(macam baguss sangat)

Aku ada aktiviti lain yang berfaedah. Berfaedah pada aku la...




Balik kerja~~siram bunga~~

Pokok2 bunga ni hasil tanaman aku dan hubby..Alhamdulillah hasil tanaman dari tangan kami berdua ni kiranya menjadi la...kadang2 tangan orang yang panas, tanam bunga tak nak hidup..mungkin darah tak bersesuaian kot...ceh, dari mana fakta ni mai aku pun tak tau..



Pokok kesayangan hubby




Ni pokok kesayangan aku pulak

Balik kerja..tengok pokok2 ni seronok rasa...salah satu terapi minda ni hehe...