Monday, June 7, 2010

PenGalamaN MenDewaSakan kiTa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Jun..Dah 9 bulan kalau Safira Zahra ada..Walaupun hanya beberapa saat ibu menatapmu, tapi seumur hidup ibu tak kan lupakanmu. 8 bulan ibu kandungkanmu, ibu sempat melalui saat-saat bahagia..masih terasa gerakan kat perut ibu..Tapi ibu redha semua tu..Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Semoga berbahagian di sana..Amin..

Semua pengalaman yang aku lalui tu kadang-kadang rasa macam mimpi.Rasa macam tak percaya diri aku yang lemah ni dapat melalui dan merasai semua tu. Tapi alhamdulillah dengan sokongan yang diberikan oleh suami, family dan kawan-kawan aku bangun semula.Tapi kejadian harini mengingatkan aku semula. Aku dapat call dari adik ipaq. Kyus, kawan pokda jadi macam kyus?Terkejut aku..macam2 bermain kat kepala aku..

Rupanya kawan adik ipaq aku pun sama kes macam aku.Baby meninggal dalam perut..cuma usia kandungannya 7 bulan.Aku 8 bulan.Aku dapat rasa macamana perasaan dia..Sedihnya aku rasa..Terus teringat balik kes aku aritu.Ya Allah ya Tuhanku...Kuatkanlah semangat dia..Baby dia masih dalam perut, belum bersalin lagi.Semoga dia tabah menghadapi saat-saat ini.Sokongan dari suami, keluarga dan kawan-kawan rapat adalah sangat penting.Akan akan terus berdoa untukmu..

Kat sini ada sikit info yang aku nak share untuk ibu mengadung. Aku juga ada amalkan petua2 ni masa mengandung dulu. semoga bermanfaat untuk bakal2 ibu semua..

1.Amalkan membaca Al-Quran. Surah2 Maryam, Yusuf dan Lukman harus menjadi pilihan buat anda yang mengandung. Minta suami bacakan sambil pegang perut isteri. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.

* Surah Maryam dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar proses bersalin dipermudahkan.

* Surah Yusuf dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung cantik, jelita, cute-mute, hensem bergaya macam Nabi Yusuf as.

* Surah Lukman dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung pandai, bijaksana macam Lukman Al-Hakim.

2.Perdengarkan lagu-lagu muzikal seperti mozart. Lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai.

3.Elakkan minum minuman berkafein and makan nanas. Kafein boleh merencatkan pembesaran bayi manakala nanas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.

4.Elakkan membela kucing. Ini kerana najis kucing boleh memberi risiko kepada bayi.

Tu ja yang dapat aku share..kita jumpa lagi..

1 comment:

  1. pengalaman mendewasakan kita. sy stuju tuh. =)

    ReplyDelete