Tuesday, December 29, 2009

*kalau tak tahan jangan baca entri ni*



Mee udang Kuala Sepetang fuuhh..


Sapa2 yang senang meleleh lebih baik jangan tengok..kalau terkempunan p la cari kat kuala sepetang. Nak makan ni pun sepetang kena tunggu..ramai orang.Tapi kali ni kami pekena kat kedai yang tak ramai orang.Tak sanggup nyah..nak tunggu..P makan mee udang ni pun secara tak sengaja. Yang sebenaqnya p kenduri kawen member en suami kat Tg Piandang.Mak ooii...makan nasi kenduri sedap. Ikutkan hati nak tambah nasi lagi.Tapi malu la pulak..

Alang2 dah lalu jalan tuu..singgah la..Tunggu lagi...Sapa2 yang lalu Kuala Kangsar nak ke Kuala Sepetang jangan lupa singgah Tmn Bunga Raya ajak kami lagi..

Thursday, December 24, 2009

cuTi2...maLaySia....

Hujung2 tahun ni baik habiskan cuti...tak kesah la kemana pun...janji dapat release sket..tak gitu??jadi, kami pun planning la ke cameron. Actually dah lama pun nak ke sana.Tapi asyik tergendala ja planning ni.Last2 sampai gak kesana..

Pagi2 lagi dah gerak. Padahal bukannya jauh pun dari Ipoh..Hati ni dah melonjak2 nak kesana...yerla, dah lama apply nak kesana. Bukannya senang nak sampai kesana hehe...sejam ja naik ke atas.Syoknya....1st kami p ladang teh.Posing2 ja la kat sana..Ha..ni buktinya...





Pastu kemana lagi ek..?ha...shopping pokok bunga. Almaklumla ada orang tu obses ngan pokok bunga...Dia angkut banyak gak. Cactus pun amik gak.Alamak gambar pokok bunga lupa amik la..huhu..xpa, kang aku snap photo depan umah yer..




Penat berjalan perut pun berbunyi la..tak tipu sedap gila makan nasik kat cameron. Sebab lapaq sangat kot..tak pun sebab sejuk.hehe..Sejuk2 ni orang kata cepat lapaq. Yaka?yer...kalau hujan kita selalu cari makanan kan?hehe..tapi kalau aku, tak ujan pun memang kaki melantak.Perut kenyang lagi kencang la berjalan..Cari sayur2 alkononnya nak balik masak. Buktinya sampai ke hari ni masih segar bugar dalam fredge tu..haha...banyak sangat tamak halobanya..

Shopping benda makan la banyak.Strawberi satu kewajipan...ubi merah pun beli...tak rugi beli manis gila bila rebus..jagung cameron puasss hati.Manis nak mampusss...sapa nak p cameron nak pesan jagung sat...Teh hijau untuk lawas pun sedap..kami beli kopi perisa strawberi bessh gak..Coklat perisa buah2an...Ishhh...memang shoping benda makan la banyak...Memang kaki melantak la katakan....

Alhamdulilah...kami selamat naik dan turun. Nasib baik cuaca pun elok...Insyaalah...ada masa nak p lagi...

Friday, November 27, 2009

~back to normal~



Alhamdulilah....skg aku dh start keja mcm biasa...malah lagi sibok siapkan pb student.masuk2 keja penat tak terkata..masa berpantang boring gila teringat nak keja..bila dah keja nah amikk...haha..

3hb dec-7dec kena p BTN lak kat Ulu Tiram..mak oii jauh gila..terpaksa la tinggal en suami tersayang.kalau boleh bawak aku nak bawak hehe..

Sunday, November 1, 2009

REDHA ATAS APA YG BERLAKU~al-fatihah untuk SAFIRA ZAHRA

Ya ALLAH KAU lebih menyayangi dia...KAU hanya tunjuk dia padaku dlm beberapa saat sebelum dikebumikan, KAU hanya bg ku merasa betapa nikmatnya mengandung...aku bersyukur walaupun hanya 8 bulan aku bersama mu SAFIRA ZAHRA...nama yg selalu ibu dan ayah sebut2 bila kau bergerak menendang2 ibumu..tapi itu semua tiada lagi..Ya ALLAH Ya TUHANKU aku redha atas apa yg berlaku...ini dugaan dan cabaran yg besar kau bagi padaku dan suami.Insyaalah kita jumpa di sana ZAHRA...

Tanggal 090909 bersamaan 19 ramadan adalah tarikh yg tak kan ibu dan ayah lupa sayangku...tarikh ni lah kau kembali kerahmatullah. Betapa sedihnya perasaan ibu dan ayah bila dapat tahu degupan jantungmu henti sayang...hancur impian ibu dan ayah selama ni.Betapa sedih lagi bila terkenangkan kelengkapanmu sayang...baju, blanket, towel, napkin, botol susu semua ibu dah sediakan sayang....ibu akan simpan semua tu sayang...

Tanggal 120909 bersamaan 22 ramadan jam 2.39pm ibu selamat lahirkanmu sayang. Ibu bersyukur kerana selamat semuanya walaupun ibu tahu kau dah tiada sayangku...insyaalah kita jumpa di sana nanti..Tuhan saja yg tahu betapa sedih dan gembiranya bila ibu dapat menatap wajahmu sayang walaupun hanya beberapa saat. Wajahmu tak tumpah seperti ibu, berkulit cerah, jari jemarimu tak tumpah seperti ayahmu panjang2..

Hari ni genap 51 hari kau pergi tinggalkan kami. Sepatutnya 301009 adalah due ibu lahirkanmu sayang...Alhamdulilah ibu berpantang seperti biasa ibu2 lain bersalin. Cuma bezanya ibu tiada kamu disisi sayang...Itu semua tak dak masalah kerana ibu ada ayah disisi. Ayahmu sentiasa memberi semangat untuk ibu menjalani hari2 tanpamu di sisi.Terima kasih abang...kerana sentiasa berada di sisi yg memberi semangat, walaupun yg tahu abang turut sedih atas apa yg berlaku. Tak lupa juga terima kasih mak, ayah, adik beradik, kawan2, saudara mara yg memberi semangat padaku untuk terus berjuang di masa akan datang....

Wednesday, September 2, 2009

~Takku sangka cempedak jadik nangka~



mak buyong ngan pak d**ung haha..



org yg kuat memberi semangat padaku



7 month

makin lama makin cepat letih aku rasa..mana x nya next week dh masuk 8 bulan usia baby dlm perutku ni..wahai anak2 sekelian ingatla dan berjasalah pd ibumu...sesungguhnya betapa besar pengorbanan ibumu pada mu..cheewah..aku dh rasa camna perit waktu mengandung ni..tp alhamdulilah dgn berkat kesabaranku dan suami tersayang sentiasa beri semangat kat aku legalah sket rasa..

Actually, br semalam aku kluar wad. xpenah2 msk wad bila pregnant 7 bln termasuk wad plak..tp alhamdulilah dh baik semuanya..ni semua gara2 byk bejalan la..bleeding sket..almaklumlah br balik dr kampung..mak ai...jalan x ingat donia..lupa diri plak sedang memboyot tu..skg ni aku tgh mc la smpai la next week..kena berehat nk tegangkan keadaan..

Saturday, August 22, 2009

~pejam celik pejam celik~



Lama sungguh aku menyepi diri noh..pejam celik pejam celik dah masuk 7 bln usia kandungan ku..bedebaq pun ada..xsabaq pun ada..harap2 semua dptku lalui dengan selamat dan sempurna..

gambaq kat atas tu masa kandungan aku 5 bln lebih..nanti aku upload yg latest yer..

Monday, June 15, 2009

~Lawatan ke KK Sg Siput...

Baru hari ni aku berkesempatan nak update blog aku yg dah berbulan2 menyepi. 2 minggu lepas aku, Ramlah, Asfa dan Ketua Jab PSH buat lawatan ke KK Sg Siput. Kami lah orang yang paling gumbira sebab nak jumpa kengkawan kat sana Najah ngan Kak Sarah.



Ni la KK Sg Siput



Rakan senasib....kami sama2 ditempatkan di Kolej Komuniti, Jab sepanjang Hayat pun sama ekeke..






Kat KK Sg Siput kami dibawa melawat kolam ternakan ikan keli, cendawan,bengkel jahitan, bilik masakan, bilik printing batik....macam2 lagilah. Kat sini banyak kemudahan kalau nak di comparekan ngan KK kami..Jangan bangga sangat yer Pn Nazha..Tapi kat KK kami lagi syok...jangan jeles yer...dekat ngan lembah..dekat ngan the store...hahahahha




Kolam ternakan ikan keli yang boleh muat kira2 4000 ekor ikan keli dengan hanya modal RM 150 tuk satu kolam. Boleh lah sapa2 yang petang2 masanya dihabiskan di depan TV menternak di belakang rumah. Zat pun terjamin kalau ternak belakang rumah sendiri
Sejak aku ditempatkan di bawah jabatan PSH banyak jugak kursus2 pendek yang aku involve..kadang2 tu tangkap muat ja tenaga pengajar ni. Aku pernah jadi tenaga pengajar membina blog.hahahah...blog aku pun tak habis godek lagi.Tapi ngajar makcik2 kerajaan boleh la...ekekek..Musim student cuti ni memang banyak sangat lah kursus2 pendek kat sini. Antaranya kursus komputer, masakan, jahitan macam2 lagi la...Sapa2 ada nak berkursus di kawasan Kuala Kangsar mohla...

Monday, April 27, 2009

~Kehidupan Baru~

Rasa nak update blog ni...tapi tak dak gambar... tak menarik la....tapi takpa la..insyaalah entry lepas ni akan dipenuhi gambar2 yang menarik. Entry ni pun cuma nak share berita gumbira yang tak ku khabar pada rakan2 kat sini. Yehhhhh....Apa berita gumbira tuu?Jeng..jeng..jeng...

Nak ku khabarkan pada semua tapi rasa malu pun ada...:) Tapi teringin nak share ngan kengkawan..Sebenarnya...sebenarnya...aku ada kehidupan baru sekarang ni.. Bukan setakat kehidupan di tempat baru..Malah aku ada kehidupan baru...Memang best duduk berdua ngan orang tersayang tanpa gangguan sesiapa...Apa yang kita nak buat pun takdak sapa nak larang...Hang nak tunggang terbalik pun xpa....ekekeke..Tapi aku ada kehidupan baru lagi....Kehidupan ni dah 3 bulan aku rasa...Baru pertama kali aku mengalaminya..Memang kehidupan ini yang aku inginkan.. Aku rasa setiap pasangan yang berumah tangga inginkan kehidupan yang seperti aku alami ni...Aku amat bersyukur dan terima kehidupan yang ku alami sekarang ni...Terima kasih pada yang esa...

*Kadang2 alah teruk gak..

Thursday, April 16, 2009

~I'm Back...........~

Hai kengkawan semua.....lamakan aku menyepi...menyendiri......Bukan tak nak share cerita Ajiem....tp tak dak mood la nak mengarang...huhuhu....Tengah menyesuaikan diri kat tempat keja baru ni...Tambah2 la ditempatkan di PSH ni...Pembelajaran Sepanjang Hayat...Apa kemenda tu? Untuk makluman semua aku ditugaskan untuk mengajar sepanjang hayatku...hohoho...Aku kena handle kursus pendek kat Kolej Komuniti Chenderoh laaa.....Aku tau ramai kengkawan yang senasib ngan aku....camna pun aku terima dengan hati yg terbuka walaupun aku tak dapat ngajar dalam bidang aku. Aku dapat ngajor sains gunaan...emmm....terimala seadanya..

So far ok la setakat ni...Tapi terasa letih sangat...Keadaan aku pulak camni...Ditambah pulak aku baru pindah rumah kat Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar...Semuanya baru...Mula hidup baru kat sini...Tengah melengkapkan rumahku yang kosong..Tapi besh gak hidup kat sini...Ada Borong Sakan...Wah Siah.....wakakaka...

Ok la....to be continue..

Monday, March 16, 2009

~Berhijrah~

Esok hari last aku keja kat sini..ishh..lama jugak la aku keja sini..Mula2 saja nak hilangkan boring.. last2 hampir 5 bulan aku kat sini. Lepas ni aku nak mula kerja baru..Tempat baru..Rumah baru..Segala2nya baru..Tapi rumah belum dapat lagi..huhu..Last week dah g cari.Tapi xdapat plak..Susah jugak nak cari umah sewa ni..Nak beli rasenya tak mampu lagi..Tunggu la tahun depan ka..Ha...lagik satu arini last juga aku ngajar tusyen. Bye Akilah..bye Hazim....sorry yer...cikgu hanya sempat ngajar kamu 3 bulan jer..

Malam esok aku ngan hubby nak balik kampung...Amik surat tawaran kerja Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. yehh..Balik Penang...Macam2 planning dalam kepala ni..Nak masak laksa..Nak masak bihun soto...Nak balik amik belacan..Belacan kat kampung tu sedap...Tu la bekalan dari mak klu balik kg..Baru sedap kalau nak buat sambal belacan ..hihi..

to be continue...

Saturday, March 14, 2009

~i'm sorry..~

Dah lama aku tak update blog ni...Minggu ni aku tak sihat la...Ada jer sakit yang datang..Nak mengadap pc ni pun tak lalu rasa..Nak termuntah ngadap lama2..Ni pun aku gagahkan diri sebab dah lama rasa tak melalut.Ni pun tak tau nak melalut pa..Ikut jari jemariku menaip jer ni..

Ishh...tak dak mood la pulak...kita melalut lain kali lah..Maybe lepas ni banyak cite yang nak dikongsi. Buat masa ni aku tak bersedia nak berkongsi lagi. Nanti yer..i'm sorry.. :)

Monday, March 9, 2009

~Akhirnya....Kini Pasti...~


Alhamdulillah....berakhir juga penantianku selama ni..9 bulan bukan satu tempoh yang singkat. Patut la ada member aku yang sampai dah besalin. Yang tengah sarat menunggu hari pun ada..Ni semua gara2 menunggu posting..


Walaupun aku mengharapkan aku ditempatkan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh tapi yang aku dapat Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar aku amat bersyukur. Tak la jauh pun jarak Ipoh-Kuala Kangsar. Dalam 30 minit ada la..Insyaalah aku akan berpindah ke Kuala Kangsar. Nampak gayanya ada orang kena ulang alik Ipoh-Kuala tuk p kerja. Tapi tu semua tak menjadi masalah..Yang penting sekali kami dapat dok sama2..Tak dak lah sorang kat sini sorang kat sinun..Kan susah camtu..Tu lah yang paling aku takut..


Aku rasa excited gak nak duduk tempat baru ni, Kuala Kangsar. Pekannya tak lah besar pun..Kalau nak beli belah pun kat Wah Siah..Sin Wah..Borong Sakan..hahahahaha..Tapi taraf hidupnya rendah..Takla teruk macam kat Penang tu..Pekan Kuala pun xbz...ok la tu..
Ada hikmahnya kita ditempatkan di sesuatu tempat tu...Tapi mungkin kita tak nampak lagi hikmahnya..kannn???

Thursday, March 5, 2009

~Aku Bukan Superstar~





Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena gua keren

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
[ Bukan Superstar lyric found on www.lirik.tv ]
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…


aku suka lagu ni..syok dengar
jom layan...

Sunday, March 1, 2009

~Lepas Ni Aku Ada Tukang Masak Baru~

Semalam adalah hari yang sibuk bagiku. Sebab malam aku ada ngajar tusyen.2 jam pulak tu. Dari kul 8 hingga 10pm. Kebiasaannya aku akan makan sebelum p ngajar. Tapi semalam aku berlagak. Kononnya nak diet..xnak makan...kenyang...

Tengah dok ngajar nah amik....lapaq la...Perutku berkeroncong nyanyikan lagu Rihanna ekeke..Alamak, tadi hubby offer beli nasi ayam tak nak..tak kan la aku nak mintak pulak satg..Malu la...Kira pa...lapaq ni..Ingat tragedi minggu lepas, gara2 lapaq la aku terlupa nak p ngajar hahaha...

Semalam aku p ngajar Hubby yang hantarkan. Kadang2 aku p sendiri. Kalau rasa nak bermanja suh la hubby hantar naik motor. Dekat ja...5 minit ja..On da way balik aku meluahkan isi perutku yang lapar ni. Hahahaha...aku ditertawakan..Biar...Biar..Dengan tak malu sekali aku ajak p beli nasi ayam yang aku tolak tadi. Hubby cakap tak payah la...kita wat nasi goreng ja la...Aduhh...aku rasa cam tak mampu dah nak tunggu nasi masak dulu. Pastu nak menggoreng pulak. Lambat....

Akhirnya aku pasrah la...tak palah aku masak la..Lepas tukar baju aku pun ke dapur. Tapi Hubby lagi awai. Balik ja terus dia kedapur. Aku rasa legala...ada orang nak tolong...Tup2 aku tengok dah terhidang kat atas meja...Aik sapa yang masak ni? Abang ka?Ye...habis tu sapa yang nak masak? Ya Allah......Terima kasih abang.....Semua dah siap. Aku terus suap ke mulut ja....Memang aku hargai sangat. Aku bersyukur dia memahami..Sedap pulak tu Hubby masak sambal ikan, telur dadar dan panaskan sup ayam aku masak siang tadi. Tapi gambar tak sempat nak snap sebab lapar sangat. Lagi sedap dari nasik ayam kalau nak tau....

Tukang masak BARU

Tukang makan LAMA

Friday, February 27, 2009

~Jeruk ooo Jeruk....~


Kengkadang aku minat membaca....kengkadang aku malas membaca...Tapi bila banyak membaca ni memang banyak pengetahuan yang dapat kita tambah. Tambahan lagilah kita membaca buku2 yang berfaedah. Tapi buku2 yang berunsurkan hiburan selalunya lagi beshhh. Gosip2 artis...perkembangan dunia hiburan yang tengah hangat mesti nak tau. Tapi kalau tak baca tentang hiburan tak beshhh jugak. Kalau orang bersembang pasai raja lawak sapa masuk final..kena la tau jugak. Sapa artis yang berumur tapi berkemban dalam drama. Kena amik tau jugak. Tak gitu??

aku lebih mengidam jeruk mempelam...

Aku nak cerita pasai jeruk sebenarnya..Ada sapa2 nak oder jeruk? Aku nak balik Penang ni..Jeruk buah pala, buah pelam, salak, kedondong,macam2 lagik la....Sapa hantu jeruk mesti menitih ayaq liuq sebut pasai jeruk ni..hihihi...Sebenarnya aku nak cerita tentang seorang peniaga jeruk ni. Aku baca cerita ni dari satu magazine.


Hari2 dia jual jeruk kat pasar. Memang jeruk dia sedap dan dikenali. Pada suatu pagi selepas dia bangun dari tidur dia tengok jeruk dia tak menjadi...Dia terkejut dan berfikir kenapalah jeruk dia tak menjadi ni. Selama ni tak pernah jadi camni. Lalu dia pun berdoa kepada Allah semoga jeruk dia menjadi jeruk. Dengan harapan dia boleh berniaga seperti biasa. Kalau dia tak berniaga memang takde lah pendapatan untuk hari tersebut.


Tengahari dah tiba, tapi jeruk dia tetap tak menjadi. Dia menadah tangan dan terus berdoa dengan bersungguh2 supaya Allah memakbulkan doanya. Dia percaya bahawa dengan berdoa insyaalah Allah akan makbulkan doa hambanya. Tapi hampa sekali.. jeruk dia tetap tak menjadi. Dengan hati yang pasrah dia tetap ke pasar untuk berniaga. Dia berharap dalam perjalanan ke pasar jeruk dia akan menjadi. Mulut dia berkumat kamit tak berhenti berdoa. Sesampai dia di pasar alangkah terkejut sekali apabila melihat jeruk dia masih tak menjadi. Dengan sedih sekali dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.


Tiba-tiba dia di sapa oleh seorang perempuan. "Abang ada jual tak jeruk yang tak jadi jeruk lagi"?Ha??Apadia? Cuba ulang lagi sekali. "Abang ada tak jual jeruk yang tak jadi jeruk lagi"?. Eh betul la apa yang aku dengar ni?...Terus dia menjawab. Ada...ada...Sambil tu dalam hati dia berdoa semoga jeruk dia tak menjadi jeruk lagi. Alangkah gembiranya apabila dia melihat memang jeruk dia tak menjadi jeruk lagi. Habis semua jeruk tu dijual kepada perempuan tersebut.


Dengan hairan sekali dia bertanya kepada perempuan tersebut. Kenapa saudari nak beli jeruk yang tak jadi jeruk?. Perempuan tersebut menjawab "saya nak hantar jeruk ini pada anak saya di India". Anak saya nak jeruk yang tak jadi jeruk lagi. Kalau saya hantar yang dah jadi jeruk tak sedap katanya. Tak tahan lama jeruk tu. Ooooooooo.....gitu......


Dengan gembira sekali peniaga itu pulang. Di dalam hatinya terus terfikir..........


Apakah hikmah dari kejadian tersebut...Mari sama2 kita fikirkan.......


Kita sering memaksa kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, pada hal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Sentiasalah berdoa sambil berusaha menghadapi dugaan. Jangan sesekali berputus asa terhadap apa yang di pinta. Percayalah bahawa allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.


*Pada kawan2 yang tengah mengharap untuk posting seperti saya bersabarlah sesungguhnya ada hikmah diatas sesuatu yang berlaku...Fikir2...

Wednesday, February 25, 2009

~Mak Tanya...

Ahad baru2 ni aku dapat jumpa mak..Dapat la lepaskan rindu walaupun jumpa sat ja. Last jumpa mak ayah, chinese new year aritu. Dah sebulan la aku xbalik kampung kiranya..Mesti ayah tengah sibuk ngan sawah padi dia. Masa aku balik aritu padi ayah baru lepas di tuai oleh mesin padi. Kalau musim amik padi ni syok...aku suka..tambah la petang2..jadi bz kat tepi2 jalan tu. Orang dok tengok mesin amik padi. Tambah pulak budak2 dok tangkap ikan. Memang banyak ikan musim amik padi ni.. Dok kampung camni la...Tapi sekarang aku dok Ipoh pun kampung jugak. Tapi memang berbeza ngan suasana kampung aku. Mungkin sebab kampung ni dekat ngan Bandar kot..Kalau kampung aku tu memang agak pedalaman sket..


Tiap2 musim amik padi ayah mesti belanja kami makan besaq. Memang dari dulu sampai la sekarang...Tapi rasanya musim kali ni last kot ayah mengusahakan sawah padinya. Sebab tanah sawah tu nak di buat stesen keretapi. Lagi pun memang elok la memandangkan usia ayah pun dah 63 tahun. Tapi alhamdulillah dengan usia sekarang ayah sihat walafiat. Ayah lebih rasa sihat bila buat keja, bila kuar peluh. Kalau dok saja tu rasa cam nak demam ja kata ayah. Tapi ayah ada usahakan tanaman sayur-sayuran kat belakang umah. xdok saja la kiranya..


Nak sambung balik la cerita jumpa mak tadi. Sebenarnya mak on da way balik dari Cameron Highland. P rombongan Cik Kiah..ikut cousin aku punya trip. Kiranya 1 bas la ni..Aku jumpa mak kat Jalan Kuala Kangsar, kat kedai barangan pasu2, bunga2. Ramai yang ikut, maknjang, paknjang, makndak, pakndak semua ada la.. Nak ajak p rumah pun 40 orang tu...rombongan Cik Kiah sungguh la..Kedai pasu2 seramik tu memang selalu menjadi tumpuan kalau datang Ipoh sebab memang xbanyak pun tempat menarik kat sini. Buah tangan dari mak buah strawberi, sayur ngan buah limau besar.


Bila jumpa mak tu banyak la cerita....Apa yang mak tanya??

Mak tanya..

~ Hang bila la nak dapat posting ni.. Dah nak masuk bulan 3 ni...isshh..lama sungguh hang tggu noh....Mak selalu doa bagi permudahkan keja anak2 mak...

* Tu la mak...dengar kata pertengahan bulan 3 ni....insyaalah ada la tu...

~Bila hgpa nak balik kampung ni?

*Soklan tu la yang aku xsuka dengar....kalau aku call pun mesti tu yang 1st ayah tanya...Yela...dah kawen xingat kat kami dah la.....huhuhuhu...Ayah suka melawak camtu...Tapi aku ni terasa la...bukan xnak balik ayah...cek keja....Lagipun aku ngajar tusyen weekend...so, memang susah aku nak lari balik...kena tunggu betoi2 cuti pelepasan am hihihihi...

*Hubby jawab, tengok la mak ingat nak balik jugak dalam masa terdekat ni...tunggu surat posting jap...kot2 la dapat dekat Penang...Balik sana terus la...Aku x kisah dapat mana sebenarnya. Perak, Penang atau Kedah. Kalau dapat Ipoh pun ok...tapi kalau dapat Penang lagi la ok....dekat ngan family..Leh balik makan nasi umah mak selalu...ekekekeke...

~Hgpa keja ka x arini?

* Abang xkeja...cuti...cek keja half day arini....balik awai la... Tapi malam ni ngajar tusyen..

~Balik keja kat Penang la....Mak pujuk Hubby suh apply keja kat Penang..Katanya dok la dekat2 ngan mak...mak syok kalau hgpa dok dekat2. Memang mak...kami pun syok dok sana...Camtu la mak kita kan...Betapa sayangnya kat anak menantu. Kalau boleh hari2 nak jumpa mak.

~Hari ni masak pa?

*Heeeehehehe...arini breakfast beli nasi lemak ja....Malam satg baru nak masak...

Pastu mak dok cerita pasai Cameron Highland la...Sejuk....P melawat ladang teh la....bla...bla...

Sembang anak beranak macamtu la...dengan loghat utara pulak tu...hihihi..Hubby memang dah paham. Aku kat rumah pun hentam cakap utara. Kak Ipaq aku pun cakap utara ngan aku. Semua orang cakap utara ngan aku..

potpetpotpetpotpet.... bas dah nak jalan...La mak....xnak beli pasu ka mak...bunga ka...asyik dok besembang ja....nak buat apa ah...di rumah pun berkenjah dah...satu apa pun mak xbeli...Memang semata2 besembang ngan anak menantu ja...Memang mak ajak cousin benti situ semata2 nak jumpa aku...Tima kasih mak....sayang mak....ummmphhhhhhhhhhhhh!
kita jumpa di kampung nanti.....

Tuesday, February 24, 2009

~Sahabat Sejati~

Kalau terkenangkan pada zaman kanak2, zaman remaja, zaman dewasa, zaman manakah yang kalau diberi peluang anda nak kembali? Sapa nak kembali ke zaman remaja? Angkat tangan!!!..Sudah pasti ramai yang mengangkat tangan dan menjawab mestilah nak ke zaman remaja..zaman cintan cintun dengan monyet..kan? Zaman yang gelora nafsu remaja yang tinggi, membuak2.. Kalau tidak di didik dengan betul, terpesonglah hidup seseorang..Aku pasti ramai yang mempunyai kenangan manis pada zaman ini begitu juga sebaliknya.


Tapi bagi aku, pada zaman ni banyak sangat kenangan....(lepas membaca blog Pn Afziha, tringat zaman sekolah dulu).Yang aku nak fokuskan kenangan dengan rakan seperjuangan. Kalau di suruh aku senarai nama rakan2 insyaalah aku boleh..Tapi xhabis la kalau nak senaraikan..Kalau jumpa di tengah jalan insyaalah aku masih kenai dengan kawan sekolahku. Walaupun ada yang hampir 15 tahun xjumpa. Rop, Nazimah, Midah mizz u all guys!! Mungkin berbeza dari segi saiz, rupa tapi kita mesti xlari alignmentnya..hihihi..



~ Sehabat sejati ~

Walaupun masa hari bahagia aku xsemua aku jemput, dan yang aku jemput xsemuanya datang...tapi ada sorang rakan aku ni masih setia denganku dari form 1 hingga sekarang. Hingga aku jadi penganggur, dia pun setia bersamaku jadi penganggur..Memang sehaluan dan secita2, senasib denganku. Apa yang aku rasa dia rasa. Apa yang aku lalui dia lalui. Apa yang aku makan dia makan. Lebih kurang camtulah...Pernah tidur sekatil, sebantal, seselimut. Balik kampung naik satu bas walaupun aku selalu drop Ipoh hehehe..Susah senang kami harungi bersama


~Koleksi gambar terbaru bersama Hanim. Gambar lama2 ada kat kampung...sorry yer sekali lg interframekan gambar kawenku~
x lain dan x bukan rakan ku ini adalah SYAHANIM BT SAIDUN. Kami mula kenai pada tahun 1993 semasa berumur 13 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi. Kat sekolah ni kenangan yang xleh aku lupa semasa kelas tajwid yang kami ikuti tiap2 petang. Pukul 2pm hingga 4pm. Sampai kena lompat dari tingkat 1 ke groundfloor. Sebab pak guard dah kunci. hihi..Nasib baik xterseliuh kaki kitakan masa tu..



Lepas PMR kami bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra. Teringat aku masa berebut2 naik bas, berlari2 ke pintu pagar sekolah sebab jam dah nak pukul 6. Nanti kad outing kena amik. X boleh la kami p Komtar outing. Ha la....nak makan laksa xboleh la...Dulu kalau outing mesti beli mc chicken kat Mc D. Kalau weekdays asyik makan ikan jaket..ikan jaket..mana xbosan..Yang aku ingat hari rabu ja besh..sebab mesti menu kat dewan makan spesel sket. Nasi ayam ka...nasi tomato ka..


Lepas SPM kami di tawarkan ke Politeknik. Aku dapat Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Hanim dapat Politeknik Sultan Muazzam Shah (Polimas). Masa ni la kami terpisah sat. Tapi still contact2..Lepas Poli aku apply untuk masuk ke U. Tanpa pengetahuan aku Hanim pun apply gak. Sekali lagi kami dipertemukan sama2 dapat UTHM (KUiTTHO). Mak la orang paling gunbira bila dapat tahu Hanim pun dapat gak. Baru mak senang hati sebab aku ada geng nak ke sana. Dah la dapat nun jauh di Selatan..at least kalau apa2 aku x keseorangan la kata mak. Kami satu kelas dan satu course. 4 tahun susah senang sama2.


Bila dah abis degree malas nak sambung master. Sama kes ngan Xeaa la..he3..Tapi sebab terkenang kan kontrak terpaksalah sekali lagi kami berulang alik lagi dari Utara ke Selatan dengan bas KKKL. Bas ni la selalu kami naik sebab cepat dan selesa. Walaupun tambangnya agak mahal kalau nak di comparekan dengan bas Cepat yang memang xcepat. Lambat sokmo. Kami sanggup bayar harga bas KKKL RM50 dari Batu Pahat-Butterworth. Kalau bas Cepat RM 41.50 je..



Bulan 9 tahun 2007 Hanim menamatkan zaman bujangnya dan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya. Aku nak tumpang kegembiraannya dengan bermalam di rumah dia sebelum akad nikah. Menolong apa yang patut sambil2 menuntut ilmu untuk persediaan majlis ku. 15 Ogos 2008 giliran aku pulak menamatkan zaman bujangku. Hanim pulak tidur di rumahku. Tolong berdasarkan pengalaman yang dah dia lalui. Terima kasih kawanku, Hanim...

~Turut bersama meraikan hari bahagiaku~

Sekarang, hanim tengah hamil 6 bulan dengan perut yang memboyot. Sekali lagi aku tumpang gumbira. Dan aku pasti giliranku pasti akan tiba tak lama lagi. Sebab apa yang Hanim lalui insyaalah akan turut sama aku lalui...

*Teringat masa tahun 1 kat UTHM xlalu makan tempe. Pastu tahun 2 dah suka makan tempe kicap kat kantin. hihihi.. Hari2 cari tempe kicap...

Monday, February 23, 2009

~Fakta-Fakta Yang Sukar Untuk Di percayai~

Berikut adalah fakta-fakta mengenai tubuh badan manusia berdasarkan penyelidikan sains. Fakta-fakta ini mungkin masih tidak diketahui oleh ramai orang.

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer .

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7 . Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata seseorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tuh kena sebut alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus.... bukan sebut pardon me or excuse me..) 12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16 . Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita bercakap 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada. Tu baru bercakap..X termasuk berleter lagi. Campur semua sekali jadila 50,000 perkataan sehari..hihihi

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.


Sumber: Megasutra

Sunday, February 22, 2009

~Mulianya Seorang Isteri Di Sisi Allah~

Minggu ni aku asyik layan email jer dari i.kazuo. I kazuo....classmate aku masa kat UTHM.Memang banyak dia forward kan email pada kengkawan. Aku tau sekarang dia berada dalam kebosanan tahap cipan. Penantian itu merupakan satu penyeksaan. Betul x Shida?Ajiem? Apa kurangnya Pn Afziha?hehehe..


Banyak la email yang aku baca, antaranya yang terhangat sekarang isu Elizabeth Wong la. Tapi antara banyak2 tu saja la aku nak share dengan kengkawan mengenai email yang bertajuk "Mulianya Seorang Isteri Di Sisi Allah". Pada yang belum kahwin tu cepat2 la kahwin dan taatilah suami anda kerana kedudukan seorang isteri amat tinggi dan mulia di sisi Allah.

Bila selamat diijabkabulkan maka sepenuh jiwa dan ragaku serahkan padamu. Sekadar gambar hiasan hihihi..

Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Yela...cuba kita tengok tugas kita sebagai seorang isteri terhadap suami. Bangun pagi siapkan breakfast, sediakan lunch, basuh baju suami, gosok baju suami, sediakan dinner, dan bla..bla..bla..Kalau bagi yang ada anak kena uruskan keperluan anak2. Banyak kan tugas seorang isteri. Walaupun berat tugas tu tapi jauh sekali kita nak merungut kan? Malah kita merasa bangga sekali kerana dapat uruskan keperluan suami dan anak2.Sebab tu la betapa berharganya seorang isteri ni.

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Oleh itu, para suami didiklah isteri anda. Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.......Bagi si isteri pulak kita kenalah berhias untuk suami...Pakaila wangi-wangian. Tapi awas! hanya untuk suami....kalau keluar rumah tu kurangkanlah wangi-wangian sikit. Tapi kita ni terbalik plak. Nak keluar bekerja atau kemana saja pulak yang terlebih wangi...Bukannya apa, melalui bau-bauan yang wangitulah boleh memikat hati sang teruna. Aku peringatkan diriku sekali ni..he3..

Janji sehidup semati...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang kita mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Melalui pengalaman member2 aku masa mengandung tu mengalami alah yang teruk. Kata mereka, lepas ni aku xnak mengandung dah la...Masa besalin dah la sakit gila... Tapi...bila tengok baby...hilang rasa sakit..Lupa rasa sakit..Tu la betapa besarnya pengorbanan seorang isteri.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Betapa besar nikmat yang Allah kurniakan pada kita sang isteri.

Susah senang hadapi bersama....

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..Haa...ingat tu sang isteri, kita kena redha bila suami kita tinggalkan kita demi untuk mencari nafkah yang halal. Ni x....bila suami nak kemana2 (tempat berfaedah la) kita selalu macam berat ja nak bagi suami tinggalkan kita. Betul x? Betoi3x...hihi..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Kita kena saling bantu membantu dalam urusan rumah tangga. Kalau x, apa guna kita berkongsi kehidupan? Susah senang mestilah harungi bersama... Kita perlu ingat tak semua suami dapat penuhi impian kita. Kalau yang dapat semua tu alhamdulillah la. Bagi yang x....janganlah merungut. Hilang pulak segala pahala kita. Ingat tuuu...

Taati suami anda, sesungguh besar nikmatnya...

Besarkan pahala kita sebagai seorang isteri. So, marilah kita sama2 bertekad dan berazam untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan berjaya bukan saja didunia, malah diakhirat....

Saturday, February 21, 2009

~Hari ini Ku Sangkakan Semalam~


Ya Allah Ya Tuhanku...adakah usia 28 tahun menunjukkan aku semakin tua..semakin lupa... Ya.. aku pasti hari ini hari Ahad, dan semalam hari Sabtu. Rutin harianku pada hari sabtu dari pagi hingga ke petang adalah menternak blog dan bertenet apa yang patut. Sebelah malam pula aku mengajar home tusyen. Tiap2 minggu ni la rutin harianku. Tapi semalam.....satu kesilapan yang besar aku buat. Aku terlupa pergi ajar tusyen kat rumah student aku...pehhhh...


Balik keja semalam memang terasa lapar sangat...Pas maghrib terus masak nasi goreng..nasi goreng menjadi pilihan aku sebab cepat, senang, mudah dan ringkas..Lagipun perut aku berkeroncong dari petang tadi. Mana tahan...Lepas masak, makan nasi goreng ngan hubby sambil2 tengok tv. Syok la...sambil2 berehat...Bila nasi dah agak turun dalam perut aku pun landing2 tengok tv....sambil2 baca paper...Tadi siang x abis pun baca paper...Tiba2 Hubby keluar dari bilik terus menuju ke arahku ehhh!! Hari ni hari pa? Sabtu kan? A..haaaa...la....sabtu....tak pegi ajar tusyen ka? Ha....Hari sabtu....alamak abang...lupa la...camna ni???


Yang hubby perasan tu sebab dia tengok ada missed call kat hp aku..1 missed call Encik Mohd. times 9.05pm. Bapa budak2 aku ajar tusyen tu call..Tapi disebabkan syok makan, landing2 hp pun dok charge dalam bilik sampai aku lupa semua tu...Lagipun aku ingat arini hari Jumaat. Alamak terasa bersalah sangat...Nak cakap apa ni kat En Mohd tu....Terus aku call dia cakap la terlupa... Setelah perbincangan dilakukan kami memutuskan malam esok aku ganti terus la 2 jam...Sepatutnya aku ngajar sejam ja dr kul 8.30pm-9.30pm. Tapi malam ni kena la ganti dari 8.00pm-10pm. Aku terima la sebab semua tu atas kesilapan aku...


Aku rasa punca yang membuatkan aku lupa nak p ngajar tusyen adalah disebabkan perut aku yang lapar sangat ni...hihihi..sampai lupa...Tapi memang terasa sangat la malam tadi....Kesilapan yang tak setatutnya berlaku. Mesti anak2 dia tunggu aku...Harap2 pasni xwat mistake lagi la..

Thursday, February 19, 2009

~Tagged by Kristy~

Sory yer Madam Kristy... lambat sket membayar tag ni...huhu..Semalam bertungkus lumus aku menaip tag yang dikasi oleh Ajiem. So, arini la aku luangkan sedikit masa untuk mambayar tag yang tertangguh ni..


**RULES***

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.

***END***

What were you doing 5 years ago?
Masa tu aku kat UTHM, Johor still studying
*
*
*
What were the 5 things on your list today?
Makan nasi lemak buatan sendiri
godek2 blog sesiapa saja
Baca utusan, kosmo
Menyapu-mengelap-mengemop
iron baju hubby hihi..itu semestinye..
*
*
*
What are 5 snacks that you enjoy?
Ice cream
Keropok super ring
Potato wedges
Keropok perisa ikan (xingat la nama dia) sedap ooo...
Yogurt
*
*
*
What are 5 jobs you’ve had?
Student
Minah Kilang
Clerk
Assistant Engineer
Now, penganggur terhormattt hihihi..
*
*
*

5 people you want to tag
Ajiem
Zara
sape2 saja yang rajin nk wat tag ni

Wednesday, February 18, 2009

~Tagged by Ajiem~

Alamak, banyaknye nak kena jawab ni Ajiem..huhu..Kyus try ye..


[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this].


END



(1) Aku suka memasak..hehe..betul ke ni?Betoi la...xkira la masak apa2 pun..Kalau boring2 bertenet aku cari la resepi2 baru kat tenet. Sentiasa nak cuba resepi2 baru.




Suka try ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam masak black paper,
ayam goreng..hihihi...adik aku pun boleh masak kalau camni..:D

(2) Tadi aku kata aku suka masak kan?Tapi aku memang xsuka bab2 nak mengemas lepas masak ni.hihihi..Leceh sket la..Tapi macamana pun aku kemas la jugak lepas masak tu..Xcaye p tengok dapur umah aku...hehehe..




(3) Aku selalu tertidur depan tv bila menonton tv. Xkiralah cerita apa pun...Cerita hantu (Puaka Niang Rapik hihihi..) pun aku bleh tertido. Kadang2 sedar aiks..dah habis ka cerita tadi? Apa ending dia....





(4)Aku ada satu janji yang xtunaikan lagi ngan hubby. Janji nak wat capati. P Tesco beli tepung capati dah 2 bulan. Tapi xjadik2 lagi capati hihihi..Tunggu ye abg....yg janji suatu hari nanti tepung tu akan bertukar jadik capati akhirnya...Cuma xtau bila... Kita suruh ane kat Rahim jela yang wat capati...Lagi senang..ekekeke.


capati cicah kuah sardin sedap....yummy2..

(5)Sekarang aku lebih berminat pada ilmu2 yang boleh tingkatkan atau majukan diri aku. Aku suka baca ilmu2 rumahtangga.....ilmu2 mengenai anak kecil....ilmu2 agama.....




(6)Aku suka makan masakan kampung. Paling aku suka menu cam gulai rebung, kerabu mempelam, ikan bakaq, kari kepala ikan, sayur kangkung goreng belacan, udang goreng, sambal belacan, ulam kacang botol (segala2 ulam aku suka). Aduh! sedapnya teringat masakan mak kat kampung...Mak, nak balik...




(7) Aku suka traveling....suka pergi bercuti2 kat beach...beach...beach....Pergi ngan orang tersayang lagi besh! Suatu hari nanti aku akan penuhi impian ku naik Star Cruise. Tunggu la....nanti ada duit lebih aku p arrr....





(8) Aku xsuka buka makanan dalam tin. Contoh macam nak buka susu pekat, sardin...yang perlu menggunakan alat pembuka tin memang aku xsuka..Aku akan cari sapa mangsa2 aku untuk buka tin tu..hehe..Sapa yang selalu kena buka tin sorry yer....



(9) Aku mengimpikan sebuah kereta hak milik aku sendiri...sama la kita Ajiem...Sabaq noh...Aku xkisah la keta apa pun....Tapi kalu boleh aku nak keta Honda Civic/ Jazz...



(10) Sekarang kehidupan aku dah berubah. Dah ada tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami aku. Aku dah mula biasa melakukan tugas seorang isteri. Nasib baik masa kecik2 lagi memang mak dah training kami suh masak. Xdak chance langsung nak dok depan tv di waktu tengahari. Mesti tolong mak masak. Habis lekeh tolong siang bawang...hihi...



(11) Aku baru lepas makan nasi tomato ngan ayam masak merah + air soya. Sedap makcik tu masak...esok bleh beli lagi...



(12) Aku pernah jadi minah kilang masa lepas SPM. 6 month gak la aku naik bas/ van kilang. Kilang ACER kat Seberang Jaya. But now kilang tu dah tukar jadi kilang BENQ. Bangun kul 5 am coz van datang amik kul 5.30. Letih ooooo...12 jam kilang tu.... Nasib baik pastu dapat further study....Kalau x....



(13) Aku pernah masuk kelas menjahit KEMAS kat kampung. Atas paksaan mak masa tu...lepas SPM gak masa tunggu result. Masa tu aku leh wat baju kurung...baju melayu...kebaya...blaus...Tapi sekarang kalau korang suruh aku buat semua2 tu hampehhhhh!!!Baju kurung insyaalah ingat kot sebab dok tengok mak menjahit kat kampung. Sapa nak tempah leh la...



(14) Aku suka drive kereta sorang2...Boleh nak melalak ka....Nak berangan ka....Lagi pun xdak orang nak complain apa2. Lebih confident sorang2..Tapi kalau trip yang jauh prefer ramai2 la...Habuan nak menggosip...



(15) Aku mengimpikan suatu hari nanti aku bersama suami dikelilingi anak2 sekurang2nya 4 orang hidup dalam keluarga yang bahagia kekal hingga ke dalam syurga....amin...



(16) Pehhh!!Ajiem....letih bangat mengarang tagged ni....so, sekarang aku nak tagged ziha, kristy, sya dan sapa2 yang rasa nak mengarang...jom join!!

Monday, February 16, 2009

~Tragedi 14 Februari~



Aku bangun pagi cam besa dikejutkan oleh alarm hp yang amat bingit sekali bunyinya menyakitkan telingaku..dengan keadaan yang amat mengantuk sekali aku gagahkan diri bangun sebab semalam aku dah planing nak masak tuk lunch ngan breakfast sekali.


Semalam aku dah beli barang2 tuk masak. Kononnya nak masak tomyam ngan cucur udang. Sejak kawen aku belum pernah buat cucur udang lagi. Cucur kegemaran suamiku..hihi..So, kalau tak jadi jangan salahkan akulah...sebab ni 1st time...boleh diperbaiki lagi kan...Dulu2 makan cucur udang mak buat ja....hihihih...tapi tadi pagi2 aku call mak tanya nak bancuh cucur udang ngan air panas ka sejuk. Mak pun peturunkan resepi cucur udang turun temurun..


Kalau tomyam pulak aku dah besa buat...buat dalam kuantiti yang sikit memang la senang..perencah siap dah ada...cuma tambah serai,lengkuas, bawang, cili padi ja nak bagi sodap..Tapi kalau aku masak selalu memang licin la...xtau la sebab sedap ka...lapor ka...hehehe..


Ni bahan2 untuk tomyam..simple ja..Tomyam putih menjadi pilihan..Saja tukar selera..asyik tomyam merah ja....

Ni tomyam yang siap dimasak...tinggai banyak ni ja...terlambat amik gambar sebab tragedi 14 Februari berlaku tadi.. huhu


Mak kata tadi...kalau nak lembut bancuh ngan air panas xyah campur ngan air sejuk..Kalau nak besa2 campur air sejuk sket. Aku nak lembut. So, aku bancuh ngan air panas semua. Harap2 nampak la rupa cucur udang.


Aku amik gambar ni semua pun sembunyi2..kalau hubby nampak ...kena gelak la satg...semua gambar nak amik. Semua nak masuk dalam blog katanya..hihihi...Sejak dua menjak ni pegi mana semuanya nak bergambar..


Cucur udang yang tengah digoreng




Ni cucur udang yang dah siap....Nampak rupa cucur udang kan...kira jadi la ni...Tapi pencicah dia sos..kuah kacang tak belajar lagi heheheh...



Lepas siap masak semua aku pun mulalah proses membasuh mangkuk pinggan. Tengah basuh tiba2 rasa seram sejuk ja...terus sakit kepala..Nak jadi macam semalam ka?Coz semalam pun rasa camni gak mula2. Terus aku p kat hall cakap kat hubby. Aku punya kaki tangan jadi sejuk. Kepala makin sakit. Xpenah aku rasa camni..napa ni....


Terus p klinik.Aku diberi masuk dulu sebab tengok dah teruk. Doktor lambatnya.....dok lengah2 lagi...Aku dah tak tahan ni...Buat la apa saja..Janji aku tak sakit kepala sangat.Kuku aku semua dah biru..


Doktor check suhu badan aku. Memang panas la..Doktor cuma kata suhu badan panas, terus dia buat surat dan suruh aku p hospital. Aduhhh la....kalau xp hospital xleh ka?Mesti lambatnya...Xleh ka Doktor kasi ubat kat aku ja?Sakit apa aku ni??Sampai Doktor suruh p hospital.


Tak tahan rasa...sampai2 sana aku memang xleh jalan. Pening sangat2. Guna wheelchair aku di tolak ke bilik kecemasan. Nak termuntah pulak...Nasib baik hubby sempat bagi plastik. Aku cuma sempat rasa sebiji cucur udang ja tadi. Tu yang kuar..


Doktor terus beri aku suntikan kat b****t untuk hilangkan sakit. Seingat aku dah lama aku tak di suntik. Pastu diberi satu botol kat aku untuk urin test. Ingat ka dah abis. Pastu blood test pulak...Tutup mata rapat takut nak tengok darah... Bukan banyak pun dia amik darah..

Result keluar alhamdulillah Doktor kata tak dak sakit apa...Cuma panas badan ja tinggi....Aduh...ingat ka sakit apa tadi..Tak penah2 aku rasa camni..


Balik umah petang baru la merasa tomyam. Cucur udang buat lagi seround. Sebab pagi tadi tak puas makan...hehehehe...
Tarikh 14 Februari 2009 tak kan ku lupa...Sesetengah pasangan meraikan tarikh ni. Tapi aku dari dulu sampaila sekarang tak de maknanya tarikh ni...Sebab hari2 kami berkasih sayang...tak perlu tunggu valentine day..hihihih


Thursday, February 12, 2009

~Naluri nak jadik ibu dah datang....tapi bila??

Anak adalah satu anugerah Allah yang tak ternilai harganya yang dikurniakan kepada kita, manusia. Ibubapa yang berperanan mencorak kehidupan anak2. Anak yang dilahirkan umpama sehelai kain putih yang bersih berseri. Kalau baik didikan ibubapa, maka baiklah anak tu kelak. Kalau buruk didikan ibubapa maka sebaliknya yang terjadi.


Title sebagai seorang isteri yang aku pegang setakat ni iaitu selama 6 bulan mengubah naluriku..Aku jadi semakin taksub pada kanak2..Bila tengok baby2 cute, mulalah berangan bila la.. aku nak ada baby ni..Aku tahu tu semua kuasa dariNya..Dari semasa kesemasa aku cuba buat persediaan dengan menambah ilmu keibubapaan. Mungkin ada hikmahnya aku belum dikurniakan anak. Dengan keadaan yang tengah menunggu posting ni yang entah bila mungkin dilambatkan sikit..Mungkin anak tu nak dilahirkan dalam keadaan yang mewah?? Bukan kemewahan yang dipinta, tapi cukup la sekadar melengkapi keperluan dan kemewahan yang sikit..(sapa xnak hidup mewahhhh weh??)ekeke..



Ni anak buah aku la..bukan anak aku..tggu la...sikit ari lagi...hehe
Sekarang ni aku interframe anak buah dulu la...Anak buah yang taksub ngan segala binatang..Xkira segala binatang diaorang minat..mungkin kakak aku pupuk anak2 dia supaya suka pada binatang kot..kalau kat umah tu ada hamster, iguana,elbino (ular sawa), turtle..Macam zoo plak..kalau ditanya pada si abang. Afif, apa cita2 Afif? Afif nak jadi veteriner..ooo...patut la...Si adik pulak nak jadi dentist..Baguslah....nanti bleh la Mak Lang ngan Pak Lang cuci gigi kat adik..

Anak buah yang sulung.. Afif Syamil (Bakal veteriner tahun 2020)


Anak buah no 2 Aliyah Sufiyah. (Bakal Dentist tahun 2020)



Aliyah Sufiyah with Mak Njang..

Ni anak buah yang ke 3, anak abang.. buas nak mampuss..Tengok muka macam lembut..Tapi buas gila...Tu la budak2...Apa yang dia tahu susu...susu...main..main..Tak payah fikir masalah macam Mak Lang dia...Fikir bilalah aku nak posting ni...ekekeke...


Anak buah no 3 Yusuff Haziq



Yusuff Haziq ngan ayah dia..Haziq memang suka gelak..Syok kacau budak ni...



Masa raya puasa 2008. Nak pegi beraya ngan ayah..mizz u Haziq..
Insyaalah bulan 3 ni aku akan dapat lagi 2 anak buah iatu adik kepada Afif, Aliyah dan adik kepada Haziq..Means, mak aku akan terima 2 cucu serentak...Ingat ka 3 dapat cucu tahun ni....hehe..Tahun depan mak, insyaalah mak akan dapat lagi 1 cucu..Doa2 ye mak....
* Byk sgt member2 pregnant tahun ni...
Insyaalah lepas ni aku...ekekeke..ikut turn sapa kawen dulu..
Tapi ada yg member kawen 20/12/08 pun dh pregnant...huhu..

Tuesday, February 10, 2009

~Panasss..panasss....panasss..~

Semalam adalah hari untuk berehat bersama insan tersayang...Lunch bersama2 dalam keadaan yang amat romantik...ekekeke..Itu semua persediaan untuk menyambut valentine day tu..hehe..

Cuaca teramat panasss sangat....panasss...panasss..panasss..pusinggg...pusingg...pusinggg...cuba teka tu lirik lagu pa??heheh..sapa betoi leh ikut pi Chepor..

Berpeluh2 aku mengemop lantai..menyapu sampah..Lepas siap keja2 umah terus ke dapur. Mak aii...camna lah nak memasak..panas bangat..kang bertambah masin masakan aku..Sambil memasak tu fikiran ku melayang2..camna lah nak hilangkan rasa panas sangat ni..Tadi dah mandi..Tapi masih panas...Haa...jom pi mandi kat Ulu Chepor..Dah lama aku tak pi berkelah kat sini...Aku pun menyuarakan keinginan ku pada suamiku..Alhamdulilah...dia setuju...Ulu Chepor ngan umah kami tak la jauh pun...20 minit dah leh sampai..Tempat berkelah ni tak lah best sangat...Tapi kalau dah kempunan nak mandi cam aku ni sesuai laa...

Dengan pantas sekali aku memasak untuk berkelah kat sana..menu kami simple je..ikan cencaru sumbat cabai, sayur bayam tumis, ikan tenggiri goreng. Tu pun dah cukup bagi kami...Sampai sana beli la karipap, jajan dan lain2..



Pintu masuk Lata Ulu Chepor

Orang Perak ja yang selalu berkelah sini...Tapi beria gak signage dia..



Jom makan....makan dulu baru berendam..Pas berendam pun makan lagi..


Ni apa kena plak ni..amik air sembahyang ka..Ni permulaan kena air laa..sejuk sangat..



Amik kesempatan di atas batu ekekeke..



Cik abang ni nak tangkap ikan ka..sapa kata tangkap ikan..rupa2nya dok cari batu nak wat empangan. Kononnya nak bagi air dalam la..ekekeke



Sekali lagik amik kesempatan..Tapi bukan di atas batu..Kali ni kami turun dalam air yang agak dalam, sesudah empangan yang di bina dah siap. heheeh..
Best la jugak berkelah kat sini...Lepas la kempunan aku nak mandi..Tapi yang aku tak suka bila mandi2 ni nak salin pakaian basah yang tak tahannya..Tapi nasib la aku pi bukan weekend. So, xyah la beratur panjang2..kiranya cepat la aku tukar pakaian...Balik rase letih sangat....Pastu buat la pulak aktiviti2 meregangkan apa2 yang patut..ekekekek..

Friday, February 6, 2009

~Apa Dah Jadik..~

Asal Penang...Tapi dah 5 bulan menetap di Ipoh, Perak..Berkahwin dengan orang Kg Dato Ahmad Said, Tambahan 3, Ipoh Perak. Kiranya sekarang aku jadik warga Perak sekejap la nohh..


Apa dah jadik ni kat Perak??? Semalam macam besa la aku p melangut tengok acara permainan wajib setiap minggu futsal yang berlangsung di Tambun Sport Arena..(betoi ka nama tempat ni ha..). On da way p Tambun pun dah lalu satu road block polis. Tepat jam 11.15 pm kami pun bergerak menuju ke RAHIM (kedai mamak yang menjadi tempat lepak sampai ke pagi). On da way tu lalu la kat kediaman Menteri Besar Perak. Memang banyak polis kat luar tu..pembangkang2 pun banyak.. Merata tempat ada polis..Ishh..takut aku dibuatnya..Jalan yang menuju ke Istana ditutup..Sana sini ada polis. Apa nak jadik ni??


Semalam acara angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Kuala Kangsar. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru Perak. Kalau la aku tahu ada tunjuk perasaan kat Kuala..aku nak juga tengok..Semalam tengok kat tv rasa mcm bukan kat Malaysia pulak.Dengan orang ramai yang bertempiaran di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis lepaskan gas pemedih mata.


Dato Dr Zambery Abd Kadir

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin






Penyokong pembangkang menghalang kereta Raja Nazrin.
Agaknya dah tak sedar diri masa ni kan...terlalu taksub ngan politik





Begini sekali penyokong pembangkang menghalang kereta ke upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak

Harap2 lepas ni Perak kembali aman damai dengan Menteri Besar yang boleh membawa keamanan pada rakyat negeri Perak..Jadik la apa yang sepatutnya terjadik~