Friday, February 6, 2009

~Apa Dah Jadik..~

Asal Penang...Tapi dah 5 bulan menetap di Ipoh, Perak..Berkahwin dengan orang Kg Dato Ahmad Said, Tambahan 3, Ipoh Perak. Kiranya sekarang aku jadik warga Perak sekejap la nohh..


Apa dah jadik ni kat Perak??? Semalam macam besa la aku p melangut tengok acara permainan wajib setiap minggu futsal yang berlangsung di Tambun Sport Arena..(betoi ka nama tempat ni ha..). On da way p Tambun pun dah lalu satu road block polis. Tepat jam 11.15 pm kami pun bergerak menuju ke RAHIM (kedai mamak yang menjadi tempat lepak sampai ke pagi). On da way tu lalu la kat kediaman Menteri Besar Perak. Memang banyak polis kat luar tu..pembangkang2 pun banyak.. Merata tempat ada polis..Ishh..takut aku dibuatnya..Jalan yang menuju ke Istana ditutup..Sana sini ada polis. Apa nak jadik ni??


Semalam acara angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Kuala Kangsar. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru Perak. Kalau la aku tahu ada tunjuk perasaan kat Kuala..aku nak juga tengok..Semalam tengok kat tv rasa mcm bukan kat Malaysia pulak.Dengan orang ramai yang bertempiaran di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis lepaskan gas pemedih mata.


Dato Dr Zambery Abd Kadir

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin






Penyokong pembangkang menghalang kereta Raja Nazrin.
Agaknya dah tak sedar diri masa ni kan...terlalu taksub ngan politik





Begini sekali penyokong pembangkang menghalang kereta ke upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak

Harap2 lepas ni Perak kembali aman damai dengan Menteri Besar yang boleh membawa keamanan pada rakyat negeri Perak..Jadik la apa yang sepatutnya terjadik~

3 comments:

  1. Anonymous9/2/09

    yg bab baring2 tu rasa mengarut jek...
    bkn leh wat mende pn utk ubah keputusan sultan..
    anyway,im from perak...
    n psl politik ni no comment dh la..

    ReplyDelete
  2. bak kata hussaini.
    ni lah sinetron versi malaysia.
    huuu

    ReplyDelete
  3. krsty-dah terlampau fanatik kot..
    xsedar apa yg dia wat..
    kita tgk ja lah apa yg terjadik..


    xeea-he3..sinetron org melayu

    ReplyDelete