Tuesday, February 24, 2009

~Sahabat Sejati~

Kalau terkenangkan pada zaman kanak2, zaman remaja, zaman dewasa, zaman manakah yang kalau diberi peluang anda nak kembali? Sapa nak kembali ke zaman remaja? Angkat tangan!!!..Sudah pasti ramai yang mengangkat tangan dan menjawab mestilah nak ke zaman remaja..zaman cintan cintun dengan monyet..kan? Zaman yang gelora nafsu remaja yang tinggi, membuak2.. Kalau tidak di didik dengan betul, terpesonglah hidup seseorang..Aku pasti ramai yang mempunyai kenangan manis pada zaman ini begitu juga sebaliknya.


Tapi bagi aku, pada zaman ni banyak sangat kenangan....(lepas membaca blog Pn Afziha, tringat zaman sekolah dulu).Yang aku nak fokuskan kenangan dengan rakan seperjuangan. Kalau di suruh aku senarai nama rakan2 insyaalah aku boleh..Tapi xhabis la kalau nak senaraikan..Kalau jumpa di tengah jalan insyaalah aku masih kenai dengan kawan sekolahku. Walaupun ada yang hampir 15 tahun xjumpa. Rop, Nazimah, Midah mizz u all guys!! Mungkin berbeza dari segi saiz, rupa tapi kita mesti xlari alignmentnya..hihihi..



~ Sehabat sejati ~

Walaupun masa hari bahagia aku xsemua aku jemput, dan yang aku jemput xsemuanya datang...tapi ada sorang rakan aku ni masih setia denganku dari form 1 hingga sekarang. Hingga aku jadi penganggur, dia pun setia bersamaku jadi penganggur..Memang sehaluan dan secita2, senasib denganku. Apa yang aku rasa dia rasa. Apa yang aku lalui dia lalui. Apa yang aku makan dia makan. Lebih kurang camtulah...Pernah tidur sekatil, sebantal, seselimut. Balik kampung naik satu bas walaupun aku selalu drop Ipoh hehehe..Susah senang kami harungi bersama


~Koleksi gambar terbaru bersama Hanim. Gambar lama2 ada kat kampung...sorry yer sekali lg interframekan gambar kawenku~
x lain dan x bukan rakan ku ini adalah SYAHANIM BT SAIDUN. Kami mula kenai pada tahun 1993 semasa berumur 13 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi. Kat sekolah ni kenangan yang xleh aku lupa semasa kelas tajwid yang kami ikuti tiap2 petang. Pukul 2pm hingga 4pm. Sampai kena lompat dari tingkat 1 ke groundfloor. Sebab pak guard dah kunci. hihi..Nasib baik xterseliuh kaki kitakan masa tu..



Lepas PMR kami bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra. Teringat aku masa berebut2 naik bas, berlari2 ke pintu pagar sekolah sebab jam dah nak pukul 6. Nanti kad outing kena amik. X boleh la kami p Komtar outing. Ha la....nak makan laksa xboleh la...Dulu kalau outing mesti beli mc chicken kat Mc D. Kalau weekdays asyik makan ikan jaket..ikan jaket..mana xbosan..Yang aku ingat hari rabu ja besh..sebab mesti menu kat dewan makan spesel sket. Nasi ayam ka...nasi tomato ka..


Lepas SPM kami di tawarkan ke Politeknik. Aku dapat Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Hanim dapat Politeknik Sultan Muazzam Shah (Polimas). Masa ni la kami terpisah sat. Tapi still contact2..Lepas Poli aku apply untuk masuk ke U. Tanpa pengetahuan aku Hanim pun apply gak. Sekali lagi kami dipertemukan sama2 dapat UTHM (KUiTTHO). Mak la orang paling gunbira bila dapat tahu Hanim pun dapat gak. Baru mak senang hati sebab aku ada geng nak ke sana. Dah la dapat nun jauh di Selatan..at least kalau apa2 aku x keseorangan la kata mak. Kami satu kelas dan satu course. 4 tahun susah senang sama2.


Bila dah abis degree malas nak sambung master. Sama kes ngan Xeaa la..he3..Tapi sebab terkenang kan kontrak terpaksalah sekali lagi kami berulang alik lagi dari Utara ke Selatan dengan bas KKKL. Bas ni la selalu kami naik sebab cepat dan selesa. Walaupun tambangnya agak mahal kalau nak di comparekan dengan bas Cepat yang memang xcepat. Lambat sokmo. Kami sanggup bayar harga bas KKKL RM50 dari Batu Pahat-Butterworth. Kalau bas Cepat RM 41.50 je..



Bulan 9 tahun 2007 Hanim menamatkan zaman bujangnya dan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya. Aku nak tumpang kegembiraannya dengan bermalam di rumah dia sebelum akad nikah. Menolong apa yang patut sambil2 menuntut ilmu untuk persediaan majlis ku. 15 Ogos 2008 giliran aku pulak menamatkan zaman bujangku. Hanim pulak tidur di rumahku. Tolong berdasarkan pengalaman yang dah dia lalui. Terima kasih kawanku, Hanim...

~Turut bersama meraikan hari bahagiaku~

Sekarang, hanim tengah hamil 6 bulan dengan perut yang memboyot. Sekali lagi aku tumpang gumbira. Dan aku pasti giliranku pasti akan tiba tak lama lagi. Sebab apa yang Hanim lalui insyaalah akan turut sama aku lalui...

*Teringat masa tahun 1 kat UTHM xlalu makan tempe. Pastu tahun 2 dah suka makan tempe kicap kat kantin. hihihi.. Hari2 cari tempe kicap...

5 comments:

  1. err. tak suke gak ikan jaket. sampai skang, jadik macam fobia pulak. tak penah masak ikan jaket.

    tempe kicap kat kantin tu my febret tau! kalo masak sdr skang ni, still tak same mcm yg kat situ. huu

    kak neem dah pegnen, ehh! besh nye! x saba tgu k yus pulak. pastu baru kita. kena lah ikut turn kan. hee

    ReplyDelete
  2. trade mark kan ikan jaket tu klu dok hostel..
    klu msk sumbat cabai kat umah suka..

    betoi la..tempe kicap dia sedap tul..
    susah nk cari yg sedap camtu.buat sendirik xjadi huhu..

    kak neem due bln 5 ni.tggu postingnye pasai sampai nk besalin dh pun ekeke..sabor2 pasni kita..:)

    ReplyDelete
  3. wah..sweetnye..dr kecik smp besar bersame..

    tempe kicap> glamer..tp xminat r=)
    setakat 2,3 sudu ok..hehe

    ikan jaket?suke je..lg2 yg bakar cicah air asam..hehe..

    waah..korang bile lg nk meramaikan anak buah ni?hehe..

    ReplyDelete
  4. susah senang bersama..hihi

    rugi shida hg xsuka tempe kicap tu..
    kyus klu tempe tu ada, penuh pinggan(tamak):D

    utk pengetahuan,thn ni kita akan dpt ank buah byk sekali..kak neem,syaza,aizah,kak sara. ha...nk amik..memang ramai kena buatan org hohoho..

    ReplyDelete
  5. Anonymous25/2/09

    err..ape beza tempe kicap dgn tempe biasa?
    kite smpi today x reti mkn tempe walaupun kawin dgn org jawa yg suke tempe...hehee

    ReplyDelete