Friday, February 27, 2009

~Jeruk ooo Jeruk....~


Kengkadang aku minat membaca....kengkadang aku malas membaca...Tapi bila banyak membaca ni memang banyak pengetahuan yang dapat kita tambah. Tambahan lagilah kita membaca buku2 yang berfaedah. Tapi buku2 yang berunsurkan hiburan selalunya lagi beshhh. Gosip2 artis...perkembangan dunia hiburan yang tengah hangat mesti nak tau. Tapi kalau tak baca tentang hiburan tak beshhh jugak. Kalau orang bersembang pasai raja lawak sapa masuk final..kena la tau jugak. Sapa artis yang berumur tapi berkemban dalam drama. Kena amik tau jugak. Tak gitu??

aku lebih mengidam jeruk mempelam...

Aku nak cerita pasai jeruk sebenarnya..Ada sapa2 nak oder jeruk? Aku nak balik Penang ni..Jeruk buah pala, buah pelam, salak, kedondong,macam2 lagik la....Sapa hantu jeruk mesti menitih ayaq liuq sebut pasai jeruk ni..hihihi...Sebenarnya aku nak cerita tentang seorang peniaga jeruk ni. Aku baca cerita ni dari satu magazine.


Hari2 dia jual jeruk kat pasar. Memang jeruk dia sedap dan dikenali. Pada suatu pagi selepas dia bangun dari tidur dia tengok jeruk dia tak menjadi...Dia terkejut dan berfikir kenapalah jeruk dia tak menjadi ni. Selama ni tak pernah jadi camni. Lalu dia pun berdoa kepada Allah semoga jeruk dia menjadi jeruk. Dengan harapan dia boleh berniaga seperti biasa. Kalau dia tak berniaga memang takde lah pendapatan untuk hari tersebut.


Tengahari dah tiba, tapi jeruk dia tetap tak menjadi. Dia menadah tangan dan terus berdoa dengan bersungguh2 supaya Allah memakbulkan doanya. Dia percaya bahawa dengan berdoa insyaalah Allah akan makbulkan doa hambanya. Tapi hampa sekali.. jeruk dia tetap tak menjadi. Dengan hati yang pasrah dia tetap ke pasar untuk berniaga. Dia berharap dalam perjalanan ke pasar jeruk dia akan menjadi. Mulut dia berkumat kamit tak berhenti berdoa. Sesampai dia di pasar alangkah terkejut sekali apabila melihat jeruk dia masih tak menjadi. Dengan sedih sekali dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.


Tiba-tiba dia di sapa oleh seorang perempuan. "Abang ada jual tak jeruk yang tak jadi jeruk lagi"?Ha??Apadia? Cuba ulang lagi sekali. "Abang ada tak jual jeruk yang tak jadi jeruk lagi"?. Eh betul la apa yang aku dengar ni?...Terus dia menjawab. Ada...ada...Sambil tu dalam hati dia berdoa semoga jeruk dia tak menjadi jeruk lagi. Alangkah gembiranya apabila dia melihat memang jeruk dia tak menjadi jeruk lagi. Habis semua jeruk tu dijual kepada perempuan tersebut.


Dengan hairan sekali dia bertanya kepada perempuan tersebut. Kenapa saudari nak beli jeruk yang tak jadi jeruk?. Perempuan tersebut menjawab "saya nak hantar jeruk ini pada anak saya di India". Anak saya nak jeruk yang tak jadi jeruk lagi. Kalau saya hantar yang dah jadi jeruk tak sedap katanya. Tak tahan lama jeruk tu. Ooooooooo.....gitu......


Dengan gembira sekali peniaga itu pulang. Di dalam hatinya terus terfikir..........


Apakah hikmah dari kejadian tersebut...Mari sama2 kita fikirkan.......


Kita sering memaksa kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, pada hal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Sentiasalah berdoa sambil berusaha menghadapi dugaan. Jangan sesekali berputus asa terhadap apa yang di pinta. Percayalah bahawa allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.


*Pada kawan2 yang tengah mengharap untuk posting seperti saya bersabarlah sesungguhnya ada hikmah diatas sesuatu yang berlaku...Fikir2...

6 comments:

  1. belum tau lagi result interview. Aih..boleh pula jawab dalam entri nih. Maklumlah, nak jadi orang pertama komen. Ahaks...

    Dah cuba jeruk buah KEDONDONG?

    sekarang memang berlambak kat rumah. Coz emak n kakak ipar suka giler makan. Kerja aku lak, tengok diorang makan.

    ReplyDelete
  2. check la hari isnin ni..pn niza 03-88835096

    jeruk kedondong sedap pa..tp dia tak berapa masam..aku makan jer semua jeruk :)
    tak kan tengok diaorang mkn ja..try la sekali..:)

    ReplyDelete
  3. Anonymous1/3/09

    uihhh..skali aku masuk sini,topik pasal jeruk..
    dhla preg ni,rs meliur jek..hahaha..
    kite suke jeruk salak..sodappppp~~

    ReplyDelete
  4. Anonymous1/3/09

    yus! hang gile rajin post entry kat blog ek!!!

    ReplyDelete
  5. jeruk kite suke jambu batu je. lain2 kureng sikit. tapi, kalau lalu kat balang2 yang jual asam timbang tu, memang terliur. tak boleh tahan. mesti beli punya. huu

    ReplyDelete
  6. to kristy
    jeruk salak pun sodapppp....
    jgn sampai meleleh dah la kristy :)

    to zara
    tak dak keja pa la cik zara oii..
    tu yg menternak blog ni :)

    to xeaa
    ehh, sodappp ka jeruk jambu batu?
    jarang jumpa plak kat sni..
    asam timbang kat pasar mlm syok. mcm2 ada...:)

    ReplyDelete