Sunday, February 22, 2009

~Mulianya Seorang Isteri Di Sisi Allah~

Minggu ni aku asyik layan email jer dari i.kazuo. I kazuo....classmate aku masa kat UTHM.Memang banyak dia forward kan email pada kengkawan. Aku tau sekarang dia berada dalam kebosanan tahap cipan. Penantian itu merupakan satu penyeksaan. Betul x Shida?Ajiem? Apa kurangnya Pn Afziha?hehehe..


Banyak la email yang aku baca, antaranya yang terhangat sekarang isu Elizabeth Wong la. Tapi antara banyak2 tu saja la aku nak share dengan kengkawan mengenai email yang bertajuk "Mulianya Seorang Isteri Di Sisi Allah". Pada yang belum kahwin tu cepat2 la kahwin dan taatilah suami anda kerana kedudukan seorang isteri amat tinggi dan mulia di sisi Allah.

Bila selamat diijabkabulkan maka sepenuh jiwa dan ragaku serahkan padamu. Sekadar gambar hiasan hihihi..

Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Yela...cuba kita tengok tugas kita sebagai seorang isteri terhadap suami. Bangun pagi siapkan breakfast, sediakan lunch, basuh baju suami, gosok baju suami, sediakan dinner, dan bla..bla..bla..Kalau bagi yang ada anak kena uruskan keperluan anak2. Banyak kan tugas seorang isteri. Walaupun berat tugas tu tapi jauh sekali kita nak merungut kan? Malah kita merasa bangga sekali kerana dapat uruskan keperluan suami dan anak2.Sebab tu la betapa berharganya seorang isteri ni.

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Oleh itu, para suami didiklah isteri anda. Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.......Bagi si isteri pulak kita kenalah berhias untuk suami...Pakaila wangi-wangian. Tapi awas! hanya untuk suami....kalau keluar rumah tu kurangkanlah wangi-wangian sikit. Tapi kita ni terbalik plak. Nak keluar bekerja atau kemana saja pulak yang terlebih wangi...Bukannya apa, melalui bau-bauan yang wangitulah boleh memikat hati sang teruna. Aku peringatkan diriku sekali ni..he3..

Janji sehidup semati...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang kita mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Melalui pengalaman member2 aku masa mengandung tu mengalami alah yang teruk. Kata mereka, lepas ni aku xnak mengandung dah la...Masa besalin dah la sakit gila... Tapi...bila tengok baby...hilang rasa sakit..Lupa rasa sakit..Tu la betapa besarnya pengorbanan seorang isteri.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Betapa besar nikmat yang Allah kurniakan pada kita sang isteri.

Susah senang hadapi bersama....

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..Haa...ingat tu sang isteri, kita kena redha bila suami kita tinggalkan kita demi untuk mencari nafkah yang halal. Ni x....bila suami nak kemana2 (tempat berfaedah la) kita selalu macam berat ja nak bagi suami tinggalkan kita. Betul x? Betoi3x...hihi..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Kita kena saling bantu membantu dalam urusan rumah tangga. Kalau x, apa guna kita berkongsi kehidupan? Susah senang mestilah harungi bersama... Kita perlu ingat tak semua suami dapat penuhi impian kita. Kalau yang dapat semua tu alhamdulillah la. Bagi yang x....janganlah merungut. Hilang pulak segala pahala kita. Ingat tuuu...

Taati suami anda, sesungguh besar nikmatnya...

Besarkan pahala kita sebagai seorang isteri. So, marilah kita sama2 bertekad dan berazam untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan berjaya bukan saja didunia, malah diakhirat....

5 comments:

  1. Anonymous22/2/09

    pix2 kawin ni,koleksi pix kawen liza ke?

    ReplyDelete
  2. err.. baru je update blog isubumperkahwin pasal suami isteri.

    boleh jadik penulis jemputan ni.

    heee

    ReplyDelete
  3. kalau boleh esok nak kahwin...

    tapi ana masih tidak berduit...

    posting pun tak tau bila...

    sebelah mertua dah ternanti-nanti tu...

    bilik pun dah siap..tinggal dihias je lagi...

    ReplyDelete
  4. a,ah...saja nk interframe..:)
    nak suh kristy edit la..he3..

    ReplyDelete
  5. to xeaa
    hehe..penulis jemputan x bertauliah jadi satg


    to al-hussaini
    sabar2, surat posting kt dh dpos.
    pasni bleh la berlangsung.. :D

    ReplyDelete