Saturday, July 10, 2010

Happy Birthday AYAH!



Kek surprise untuk Ayah


Selamat hari lahir Ayah...yang ke 64.Tapi aku still rasa ayah muda.Walaupun hakikatnya umur ayah makin meningkat.Aku mendoakan moga ayah sihat sejahtera..dan semoga keluarga bahagia hingga ke akhir hayat.





Kami celebrate birthday ayah ni kat kedai makan Ilyana, Bertam jam 11 mlm.Time ni kami baru sampai dari Kuala Kangsar.Ayah pun tak sangka nak potong kek.Di usia begini baru ayah merasa potong kek sambut birthday. Tu pun harapkan anak menantu la beli. Kalau dulu2 tak merasa la semua ni. Almaklumlah dulu2 susah...nak sara anak sekolah lagi..Memang tak sempat untuk semua2 ni.Sekarang ni aku bersyukur kami adik beradik dah bekerja (kecuali adik bongsu)dan mak dan ayah makan hasil anak2 kesayangan ja..






Walau apa pun ayah, SELAMAT HARI LAHIR KE 64~~~Aku sayang AYAH & MAK...luv u all!!muahhhh...muahhh..

Thursday, June 24, 2010

~~Satu Bulan 1~~

Kalau zaman sekolah,universiti..nak beli apa2 pun kena fikir mana yang penting.Sebabnya...duit kena jimat.Mana yang difikir penting ja beli.Buku rujukan pun banyak fotostat dari beli buku yang ori.Semuanya...sebab nak jimat duit..Almaklumla aku cuma guna duit scolarship KPM ja masa dulu.Nak minta mak ayah jarang sekali.Terima kasih KPM sebab zaman sekolah menengah aku dapat KPM,zaman Politeknik aku dapat KPM,zaman Degree aku dapat KPM dan zaman Master pun aku dapat KPM. Dan akhir sekali KPTM juga yang bayar gaji aku.

Dan sekarang, bila dah bekerja senang berbelanja..Nak beli satu bulan 1 pun boleh.Kalau nak lagi sebulan 2 pun boleh..Tapi tak habis mengadap la pulak satg.Ni pun baca di kala keseorangan. Bila berdua buku2 tertentu ja boleh baca.Baca dengan nada kuat2.

Hobi baru aku adalah mengumpul buku sekarang ni.Sejak tahun 2010 la..Tiap2 bulan aku akan cuba beli satu buku. Alhamdulilah tahun ni aku dah ada 6 buku.Dan dah baca hampir habis kesemuanya. Banyak membaca banyak la input yang diterima..Koleksi yang paling panas adalah buku tentang **** dan ibu hamil.Bukannya apa..preparetion semua tu.hehehe..



Koleksi 2010

Selain koleksi buku, majalah pun apa kurangnya.Tak menentu kadang2 sebulan dua koleksi, kadang2 satu ja..Tak terbaca kang banyak2..Syok membeli..baca tak habis..



Alah membeli menang membaca ;)

Monday, June 21, 2010

CuTi2..

Dah 3 kali sampai ke sana. Tapi bila sampai ke ujung dunia ni mesti teringin nak ke sana.Minggu lepas tertunai juga lah hajat nak jejak ke sana buat kali ke 4. Terima kasih abang sebab bawa yang ke sana..;)



Sama seperti dulu..Tak banyak yang berubah..sama seperti aku p masa zaman bujang dulu..bila sampai ke sana macam biasa lah sewa motor ke Teluk Nipah.Stay kat Hornbill Resort..Kononnya resort la..tapi hampehh!mahal nak mampuss!

Aktiviti kat sana

Shopping2 hasil laut

Round2 sekitar Pangkor

Mandi manda







Wednesday, June 9, 2010

~sELamaT haRi LaHir Mak~




Hari ni tanggal 09 Jun 2010 genaplah usia mak aku 57 tahun.Selamat hari lahir mak...semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.Aku doakan juga semoga mak sentiasa sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga tercinta..

Sambutan birthday mak disambut secara sederhana di kampung oleh kakak n family. Mesti mak happy sangat tengok kek ni..Awal-awal pagi aku ngan hubby dah call mak n wish happy birthday mak....yang syok sangat KAMI ORANG 1ST YG WISH

SELAMAT HARI LAHIR MAK!!!

Monday, June 7, 2010

PenGalamaN MenDewaSakan kiTa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Jun..Dah 9 bulan kalau Safira Zahra ada..Walaupun hanya beberapa saat ibu menatapmu, tapi seumur hidup ibu tak kan lupakanmu. 8 bulan ibu kandungkanmu, ibu sempat melalui saat-saat bahagia..masih terasa gerakan kat perut ibu..Tapi ibu redha semua tu..Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Semoga berbahagian di sana..Amin..

Semua pengalaman yang aku lalui tu kadang-kadang rasa macam mimpi.Rasa macam tak percaya diri aku yang lemah ni dapat melalui dan merasai semua tu. Tapi alhamdulillah dengan sokongan yang diberikan oleh suami, family dan kawan-kawan aku bangun semula.Tapi kejadian harini mengingatkan aku semula. Aku dapat call dari adik ipaq. Kyus, kawan pokda jadi macam kyus?Terkejut aku..macam2 bermain kat kepala aku..

Rupanya kawan adik ipaq aku pun sama kes macam aku.Baby meninggal dalam perut..cuma usia kandungannya 7 bulan.Aku 8 bulan.Aku dapat rasa macamana perasaan dia..Sedihnya aku rasa..Terus teringat balik kes aku aritu.Ya Allah ya Tuhanku...Kuatkanlah semangat dia..Baby dia masih dalam perut, belum bersalin lagi.Semoga dia tabah menghadapi saat-saat ini.Sokongan dari suami, keluarga dan kawan-kawan rapat adalah sangat penting.Akan akan terus berdoa untukmu..

Kat sini ada sikit info yang aku nak share untuk ibu mengadung. Aku juga ada amalkan petua2 ni masa mengandung dulu. semoga bermanfaat untuk bakal2 ibu semua..

1.Amalkan membaca Al-Quran. Surah2 Maryam, Yusuf dan Lukman harus menjadi pilihan buat anda yang mengandung. Minta suami bacakan sambil pegang perut isteri. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.

* Surah Maryam dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar proses bersalin dipermudahkan.

* Surah Yusuf dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung cantik, jelita, cute-mute, hensem bergaya macam Nabi Yusuf as.

* Surah Lukman dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung pandai, bijaksana macam Lukman Al-Hakim.

2.Perdengarkan lagu-lagu muzikal seperti mozart. Lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai.

3.Elakkan minum minuman berkafein and makan nanas. Kafein boleh merencatkan pembesaran bayi manakala nanas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.

4.Elakkan membela kucing. Ini kerana najis kucing boleh memberi risiko kepada bayi.

Tu ja yang dapat aku share..kita jumpa lagi..

Wednesday, June 2, 2010

Cepat2 Dah Dekat~~

Alhamdulilah...sikit2 lama2 habis la..Pelan2 kita buat..lama2 siap la..

Kadang2 seminggu 2 hari aku buat dan kadang2 seminggu sehari ja aku buat.Balance tinggal lagi separuh.Dari 20 hari dah jadi 10 hari.Kena cepat2..dah dekat ni..

Alhamdulilah..DIA bagi kekuatan dan kesabaran padaku untuk memunaikan kewajipan.Dengan cuaca yang amat panas dan dugaan2 yang datang dari pelbagai bentuk aku berjaya menunaikannya.Dengan harapan aku berjaya menunaikan kesemuanya...

Saturday, May 29, 2010

~Terapi Minda~

Balik kerja petang2..tengok tv sambil menguyah keropok, kacang...tak pun singgah beli pisang goreng kat makcik depan taman tu..mata sambil tengok tv3. Cerita macam2..

Tapi tu semua bukan jadual aku petang2..(macam baguss sangat)

Aku ada aktiviti lain yang berfaedah. Berfaedah pada aku la...




Balik kerja~~siram bunga~~

Pokok2 bunga ni hasil tanaman aku dan hubby..Alhamdulillah hasil tanaman dari tangan kami berdua ni kiranya menjadi la...kadang2 tangan orang yang panas, tanam bunga tak nak hidup..mungkin darah tak bersesuaian kot...ceh, dari mana fakta ni mai aku pun tak tau..



Pokok kesayangan hubby




Ni pokok kesayangan aku pulak

Balik kerja..tengok pokok2 ni seronok rasa...salah satu terapi minda ni hehe...

Wednesday, May 26, 2010

RENUNG RENUNGKAN~~

Tergerak hati aku nak menulis arini..bukannya apa..terasa tadi..


Sekali sekala diri kita ni perlukan motivasi..bukan setakat perlukan nasi hari2..malah perlukan perubahan dari hari kehari..bak kata

~~ hari ini pasti lebih baik dari semalam~~

Ceramah kerohanian yang dihadiri harini aku amati dengan bersungguh2..mata terbuka luass..tak macam sebelum ni..mungkin tajuk yang ustaz dendangkan tadi aku faham..Diselangi pulak dengan lawak2 kering ustaz tadi..berjaya menarik perhatian aku..Ustaz ada terangkan mengenai ilmu Tauhid..tauhid uluhiyyah, rububiyah....macam2 lagi la...kang silap pulak aku nak berceramah kat sini..

Kita sebagai umat islam mesti berdoa dan yakin kepada Allah s.w.t..
Salah satu isi yang dihuraikan oleh ustaz tadi...

Tapi ada satu soalan yang diajukan tadi...

Memang soalan tu pun bermain2 di dalam kepala aku tadi..terkejut gak bila soalan tu diajukan..Tapi memang termenung jugak aku mendengar jawapan yang keluar dari mulut ustaz tadi..

Memang tak rugi kalau kita menghadiri majlis ilmu seperti ini..Secara tak langsung dapat menambah ilmu diri disamping dapat memotivasikan diri..

SELAMAT BERAMAL~~RENUNG2KAN~~

Thursday, April 22, 2010

~~~Aku Suka Bangat~~~~

Breakfast..Lunch..Teatime..Dinner dah 3 hari aku tak mis langsung.Makanan dalam pinggan bertimbun2..kalau makan sikit rugi la..Dah la semua ditanggung..Alang-alang berat badan aku naik baik aku melantak habis-habisan.Tu la manusia..nafsu memang kuat.Segala tak pernah puasss...Aku fobia tgk penimbang....tidakkk...


4 hari 3 malam aku berkampung di Crystal Crown, Petaling Jaya. Ni semua pasai Kursus SPSS. Ala...SPSS....Software yang kita belajaq sampai pening-pening tuh....Pening-pening dok analisis data tuh...T-Test...Anova....Independant Test...Chi Square...Ni adalah kursus yang memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk memahaminya. Walaupun ada la satu dua test yang aku pernah guna tapi dah lupa...Puas perah otak nak fahaminya.Almaklumlah...statistik cukup makan ja...kihkihkih



Kursus pertama tahun 2o1o



With Sarah n Prof Madya Dr Zamalia Mahmud from UiTM selaku tenaga pengajar SPSS



Puas aku menghitung hari nak balik.Walaupun Prof bertungkus lumus mengajar kami tapi hati dan perasaan tu memang kat rumah ja..khirnya sekarang aku dah ada kat umah..Lamanya rasa tinggai rumah...Sampai sinki rumah berpacaran dengan pinggan-pinggan mangkuk..Memang betoi lama la tuh..Sian orang rumah yang kena tinggai tuh...Aku rindu kamu bangat!




Terima kasih segalanya....AKU SUKA BANGAT!



Berbaloi-baloi walaupun kita terpisah 4 ari 3 malam...

Saturday, April 17, 2010

April...i,m baCK...~~~~~~

Januari....Februari...Mac...April i,m back...

Kenapa April baru muncul? April adalah bulan special? Maybe?? Yehhh2...sudah pasti...April adalah bulan kelahiranku...Dah 29 tahun rupanya..Dah besar panjang...bukan setakat panjang...lebar sisi kiri kanan mmg cukup..hihi

Tahun ni tahun ke-2 celebrate birthday bersama insan tersayang..tahun lepas masih ku ingat kejutan yang dibuat oleh hubby di rumah Kak Sab. makan spagetty..sate..kek..epal n bla~bla~bla~Cari sate kajang kat Ipoh tak jumpa masa tuu...huhu

Tahun ni hubby wat kejutan lagi bersama anak2 buah kesayangan di KFC Ipoh...Thanks my hubby...semoga kita bahagia hingga ke akhir hayat...aminn...







Terima kasih tahun keladi
Tahun depan jgn lupa hadiah lagi...

Friday, January 1, 2010

wELcOmE 2o1o....gOOd bUy 2oo9

Selamat datang 2010.. dan selamat tinggal 2009..Dengan harapan 2010 memberi lebih sinar kebahagiaan pada kami..2009 hanya tinggal kenangan..ada kenangan yang indah dan ada kenangan yang pahit..Yang indah kenang kenangkan..yang pahit korek lubang tanam dalam2..usah dikenang..

2010 disambut dengan begitu meriah sekali di Penang negeri kelahiranku..bersama suami tercinta serta 2 adik kesayanganku.Untuk melancarkan perjalanan, jam 4 petang kami dah gerak ke Penang menaiki jambatan.Semangat gila..



Jambatan Pulau Pinang



aku,abang,kak n dan amin

Sambutan tahun baru di Penang kat Padang Kota dan Queensbay Mall. Kami tak planning nak celebrate kat mana2.Sebab kami nak ke Pesta Penang dulu. Mak ai...ramai gila kat Pesta sebab malam last..banyaknya barang2 ofer..makcik2 shopping sakan. Majoriti beli tikar buluh dan toto. Murah la kot..berebut2..Yang syoknya kami tak beli apa pun..melainkan makanan hehe..



Murah saja masuk Pesta Penang..moh tahun depan p..



Pening kepala tgk org main mcm2

Pukul 11 lebih kami pun gerak ke Queensbay Mall nak celebrate New Year. Jem..ramai gila..Tiba2 mulut aku terucap jom balik!dan tiba2 ada sambutan jom....haha...Rupa2nya semuanya penat..tak lalu nak bersesak2 dengan orang ramai.Kalau kami gerak lepas jam 12 jambatan sure jem gila...las2 kami pun balik...masa on the way balik nampak dari jauh ja bunga2 api..jadilah...