Friday, January 9, 2009

Kesibukan seorang isteri..

Alhamdulilah..usia perkahwinan aku sudah menjangkaui 4 bulan 3 minggu 5 hari..aku telah merasa kehidupan menjadi isteri sepenuh masa di rumah selama 2 bulan...dalam tempoh tu lah aku belajar memasak untuk suami ku..belajar menguruskan rumah tangga..belajar tinggal keseorangan dikala suamiku pergi kerja..macam2 la belajar..

Tapi sekarang aku bekerja..walaupun bukan kerja impianku..dan bukan kerja tetap bagiku..hanyalah kerja sementara untuk mengisi masa2 keseoranganku dan sambil tu boleh menambahkan pendapatan kami. Secara dengan tidak sengaja masa2 ku memang dipenuhi dengan kerja sekarang..mana tak nya..waktu bekerja aku 9am-7pm. Selama tu jugak la masa2 ku dihabiskan di depan komputer..sampai dah tak tau nak search apa..friendster dah rasa nak temuntah..semua forum aku terjah..blog kawan2..dan disebab tu jugak lah wujud blog aku ni..sebelum ke tempat kerja aku akan sediakan sarapan untuk suamiku..kadang2 aku masak simple2 je..xsempat..balik kerja pun aku masak lagi..sebab suami i ni suka makan di rumah..selain masakan ku sedap ianya juga boleh menjimatkan perbelanjaan kami..

Setiap sabtu, ahad, isnin adalah hari kemunjak kesibukanku..sabtu malam aku ajar home tuition..mengajar 2 student. Darjah 5 dan Tingkatan 1. Yang bestnye aku ngajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.hehehhe..memang senang la..tapi aku kena ngajar tengok silibus diarang la..kang jadik ajaran sesat pulak..hehe..masa yg diambil cuma sejam untuk satu subjek.
Aku ngajar macam ajar adik2 wat homework jer..Yang peliknye bapak student aku tu cikgu..tp dia xdak masa untuk mengajar anak sendiri. Tapi kadang2 anak2 dapat terima ajaran dari orang lain selain orang yang dikenalinya..kan? kan?

Senin malam pulak aku ngan suami ada class..ha..class pa plak..bukan dah habis study ka..dah berpuluh tahun aku pergi ke kelas. Di usia penghujung 20 an pun pegi class lg..Sebenarnya kami ke class eTiQa Takaful..iaitu simpanan dan perlindungan yang berlandaskan syariah. Selain mengajak menyimpan secara islam ianya juga memberi perlindungan nyawa..kecacatan..elaun hospital..etc..Baguss tu..esspecially yang dah berumah tangga..cepat2 simpan duit dalam eTiQa Takaful ni..klu pe2 hal ada gak perlindungan..cepat2..kalau nak tau lebih lanjut lawatilah blog
http://etiqacorner.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment